|
Viral di Twitter dua rakaman video penampakan pocong dipercayai dirakam seorang anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya pada waktu malam. Menerusi rakaman video tersebut, makhluk halus yang dipercayai pocong itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang. Kelihatan pocong itu bergoyang-goyang apabila anggota polis tersebut sedang merakam dan ‘zoom’ kameranya.
Difahamkan, lokasi sekatan jalan raya tersebut juga agak sunyi dan terdapat banyak pokok pisang di kawasan berhampiran. Lebih seram, makhluk itu masih berdiri di pokok yang sama meskipun, lampu suluh telah dinyalakan ke arahnya. Pun begitu, segelintir warganet menjelaskan jelmaan yang disangka pocong itu sebenarnya daun pisang saja. Eh, mana satu yang anda nampak? Sumber: OhBulan
|
Kurex replied at 1-7-2021 04:59 PM
Hantu pun bosan asyik pkp pkp pkp.
Aku pulak bosan tunggu bila turn aku dapat appointment walaupun ...

Kurex replied at 1-7-2021 04:59 PM
Hantu pun bosan asyik pkp pkp pkp.
Aku pulak bosan tunggu bila turn aku dapat appointment walaupun ...
TomyamPuteh replied at 2-7-2021 07:46 PM
Kurex lps vaksin nnti msti jd gagah mcm abam Jul ripin.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.438629 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.