|
Hanya kerana tidak menghidangkan kari kambing kegemarannya, lelaki membatalkan perkahwinannya. Indian Express melaporkan Ramakant Patra yang tiba di Sukinda, Odisha untuk perkahwinannya bersama ahli keluarga disambut keluarga bakal isterinya untuk makan tengah hari sebelum majlis bermula.
Patra bagaimanapun kecewa apabila hasratnya menikmati kari kambing pada hari bahagianya tidak ditunaikan. Malah, pertengkaran dengan keluarga bakal isteri tercetus apabila dia mempersoalkan ketiadaan makanan kegemarannya itu hinggalah dia memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya. Menurut laporan yang dipetik Harian Metro, lelaki berusia 27 tahun itu tinggal di rumah saudaranya di daerah sama selepas kejadian sebelum berkahwin dengan wanita lain dan pulang ke Rebanapalaspal, sehari kemudian. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.299707 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.