CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bajet Lari, Pengantin Paksa Tetamu Cuci Pinggan Sendiri

1-7-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3818| Komen: 11

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi saat menggembirakan buat semua yang terlibat, tetapi kadang-kadang ia tidak berjalan seperti yang dirancang terutama disebabkan bajet.

Seorang pengguna laman sosial Reddit berkongi pengalaman apabila dia dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di lokasi yang mewah dan cantik.


Dia kemudian menyedari tuan rumah terpaksa mengikat bajet bagi menjimatkan kos.


Gambar hiasan

Wanita itu terkejut apabila mendapati dia dan sembilan tetamu lain ditugaskan untuk mencuci kesemua pinggan kotor selepas pasangan pengantin gagal mengupah pekerja untuk melakukan tugas itu.

"Pengantin lelaki dan pengantin perempuan banyak menggunakan wang mereka untuk lokasi majlis dan gaun pengantin, jadi mereka memutuskan untuk cari tukang cuci sendiri," katanya, dipetik dari Mirror.

Keadaan bertambah buruk apabila pasangan berkenaan juga gagal menyediakan makanan yang mencukupi untuk kesemua tetamu.


Bagaimanapun, pasangan pengantin itu dikatakan berpisah tiga tahun kemudian. 


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:21 PM
bridezilla kahhh?
Quote Artemesiaa 3-7-2021 06:46 PM
Kalau tak mampu tak perlu buat jamuan dan menyusahkan tetamu
Quote Meiizu 3-7-2021 11:44 PM
Kat msia ke ni
Quote None68 4-7-2021 12:19 AM
Saper tu? Kisah bila?
Quote Eva_yy_Ellin 4-7-2021 12:04 PM
Cerita dari Reddit biasanya dari US, susah nak jumpa dari Asia, terutama Malaysia
So...kisah di atas berkemungkinan bukan cerita Malaysia. Kalau cerita sini, dah kecoh dekat FB IG Twitter dan kena cerca 7 hari 7 malam.

Duit habis dekat lokasi dan gaun pengantin.
Makanan pun tak cukup.
Ni jenis yang nak wedding dream sangat, tempat mesti mewah, gaun mesti gah, sampai tak peduli tetamu jemputan
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 10:43 PM
Spesies lupa nk ukur baju di badan sendiri nie..hmm bikin malu aje..org nk wat kenduri ko nk buat juga..berpada2 la ngn bajet..ending lak sad juga bercerai berai..ntah la Dunia..dunia
Quote AznieBunnie 7-7-2021 12:21 PM
Kat Malaysia pun ada mcm ni.
Baju berhelai-helai.
Kek bertingkat-tingkat.
Dewan gah, hiasan meletops!

Tetamu ramai tapi makanan, 3 jam lepas majlis bermula, makanan dah habis.
Makpak mengantin sibuk melayan tetamu VIP. Bila diberitahu, "ala ampa pepandai la fikir".
Eh, majlis kami meh?

Maka, sepupu haprak ni juga la muafakat panggil sepupu sporting lain chip-n duit, pergi mamak, bungkus besar-besaran. Borong kuih akak tepi jalan, mai hidang.

Sampai sekarang tunggu 'terima kasih', tak pernah sampai...
Cerita 5 tahun lepas.

Quote supernaturalee 9-7-2021 10:58 PM
AznieBunnie replied at 7-7-2021 12:21 PM
Kat Malaysia pun ada mcm ni.
Baju berhelai-helai.
Kek bertingkat-tingkat.

Hanat nye

R they lived happily ever after x
Hehe
Quote AznieBunnie 12-7-2021 01:02 PM
supernaturalee replied at 9-7-2021 10:58 PM
Hanat nye

R they lived happily ever after x

hahaha...
entah, tengok macam tu je.
anak dah 2. dlm fb gambo lovey-dovey.
bahagia lah kot... amin
Quote heythere123 31-7-2021 07:34 PM
adakah pasangan pengantin ni sejenis  cheapskate
Quote heythere123 31-7-2021 07:35 PM
aiyo, dah ajak orang datang wedding tu, hormat la sikit. Tak pasal kena kutuk dah wedding sebab susahkan tetamu gitu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.282197 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top