"Saya jual basikal bukan kerana sudah 'kering'." Itu penjelasan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, 27, terhadap tindakannya menjual basikal kesayangan dengan harga RM42,000, kelmarin.
Pelumba asal dari Ampang itu berkata, basikal dibeli dua tahun lalu jarang digunakan selain hasil daripada jualan itu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan sepanjang tempoh berada di luar negara. "Saya juga ada beberapa jenis basikal lain dan jika menjualnya boleh perbelanjaan tiket penerbangan dan penginapan ketika menyertai kejohanan nanti," katanya.
|
ADVERTISEMENT