Semalam, aktres jelita, Rozita Che Wan berkongsi resipi masakan enak talapia masak lemak dalam Instagram namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan iaitu talapia laut.
Seorang netizen mempersoalkan wujudnya ikan jenis berkenaan dengan memuat naik status dalam media sosialnya milik. “Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram,” soal netizen itu. Tidak menunggu lama, Che Ta atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, tampil mempertahankan dirinya dengan berkongsi perbezaan ikan talapia sungai dan talapia laut dalam InstaStory miliknya. Tulis isteri kepada pelakon Zain Saidin itu dengan penuh kesinisan: “Bodoh itu simpan dalam sungai supaya orang tak nampak.” Sejak akhir-akhir ini, terutama pada musim pandemik, Che Ta rajin berkongsi resipi juadah enak menggiurkan dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels media sosial popular global itu.
|
dudaberhias: persoalannya bila istana kokdiang hang nak siap nekta oiii...sian hang sampai harini masak sendiri... kalau istana kokdiang dah siap boleh la sediakan ...
pittjie: Ganas sungguh dia mencampak daun pegaga tu.
ADVERTISEMENT