CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Menggigil Duit Lesap Anak Beli Game Sampai RM10,000

2-7-2021 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24633| Komen: 157

Pelakon Zarina Zainuddin terkedu apabila anak bongsunya, Adam berusia 15 tahun membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian.

Lebih mengejutkan Zarina berkata wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu hanya tinggal RM3 sahaja.


“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk memudahkan dia membeli data Internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.


Kredit foto: IG Zarina

“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Zarina ada berkongsi video anaknya itu mengaku kesilapannya, bagaimanapun video itu dipadam selepas dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu membuka aib anaknya.


“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia seorang ibu yang sangat tegas dengan anak-anak dan akan memastikan mereka mengakui kesilapan serta menanggung kesan daripada kesalahan tersebut.


Sumber: RotiKaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 2-7-2021 12:24 AM
Hmm.. anak umur lima belas tahun dah dibagi access kad debit sendiri.
Ni bukan nak tunjuk aib anak,  tapi tunjuk failed parenting yg entah ke berapa dah dia ni.
Quote Piramida 2-7-2021 12:27 AM
Tak payahlah nak dedah2.. up anak.. dr budak tu ok.. nanti jadi malu.. stress.. lagi perangai jd mengarut... budak zaman ni lain dia punya rebel. Gunalah approach lain selain hadap sgt soc med.

Yg salah makcik lah tak pantau anak.. makcik yg patut dedahkn silap sendiri.. siap bagi kad lagi yg ada beribu2 ringgit kat anak.. Dah kenapa?
Quote debab_78 2-7-2021 12:31 AM
Mujurla zaman dulu2 takde lagi media sosial ni... Kita dulu pun nakal juga.. Masing2 ada ada story nakal. Antara serius tak serius je kalau nak cerita balik.

Malu jugak kalau parents up cerita kita n  org baca kisah kita tu..
Quote Cik_jantung 2-7-2021 12:37 AM
Haaa korang korang la yg menyumbang duit bebanyak kat dia tu.. beli pulut dia yg kayangan tu. Dia ada saving dlm acc anak bongsu 20k lbh.. korang ader?... Hahaha

Acik kat gerai jual pulut kuning rendang ayam 5 inggit je wehh
Quote mxsssgi81 2-7-2021 12:37 AM

X kan la bodoh sgt simpanan abis mcm tu je..
Mesti la ade asb,tabung haji etc kan.. cite mcm gempak je mcm yg aritu sanggup nk byr kalau sape kawin dgn ank die..bile dh ramai sanggup..tup tup x jd pulak..
Quote Thunderclouds 2-7-2021 01:08 AM
Cita pasal beli game smpi abeh ribu riban ni trigat kesah customer ni bgtau dia buat asb loan atas nma ank dia. Then dlm acc ank tu dia lumped dlm 100k++ so monthly punya auto debit jln xdak hitch. Dh ank dia student lg bukan leh byaq pn kn. Cut the story short senyap2 acc tu ank dia access wat beli online game smpi licin. Tahu sbb mai surat tunggakan & dia mai check kt bank. Speechless. Lebur gtu ja duit.
Quote faraway1 2-7-2021 01:25 AM
15 tahun dah bukan budak kecil...

Oku juga ke yang ni sampai tak da kesedaran belanja suka hati masa pandémic ni
Quote anony-mous 2-7-2021 01:51 AM
Bodoh eh dia ni. Makin lama aku rasa ank2 dia jd teruk mcm tu sbb mak nya
Quote Rogue98 2-7-2021 01:58 AM
Aku tak faham camner matematik ni....kata ada savings 23k...anak beli game 10k...setiap satu harga 3k and 5k...last2 baki tinggal 3 ringgek...
Quote AshkieLa 2-7-2021 04:05 AM
Rogue98 replied at 2-7-2021 01:58 AM
Aku tak faham camner matematik ni....kata ada savings 23k...anak beli game 10k...setiap satu harga 3 ...

pura2 paham jela matematik dia noks..
dah bil air pun tak reti bayor reti pakai je sampai kena potong(merujuk kes dia sebelum ni...)

kecik ati anak tu... yg special ko tatang2.. yg normal ko aibkan...

Quote me12345 2-7-2021 07:10 AM
Bil air, bil letrik jgn lupa bayor
Quote mizzmimi 2-7-2021 07:18 AM
Zaman semua online ni ko kasi anak ko pegang kad bank yang ada duit rebu2.. Bole aje kan kalo buat jadual transfer masuk elaun ikut minggu ke bulan2 ke.. Kalo habis pon takde ralat sangat. Budak ne kisah ke tu duit simpan untuk study dia ke ape.. Selagi ada la joli la.. Nak study kang lain citer
Quote slyfynx 2-7-2021 07:21 AM
Chop, aku fail matematik ke hape ni
Die beli 3 game, ranging from 3k to 5k kan
So max baru 15k
Ni nk tunjuk byk duit ke hape ni?
Quote haruslah 2-7-2021 07:24 AM
Laaaa dia ada anak lain ke
Ingat man anak dia yg kembar tu jer
Jauh nya ttinggal ketapi

Btw, lebur la duit tu
Ape nak kata...ramai parents kena camni
Tp x viral laaa
Simpan kn duit utk anak2 in future
Lebur bila anak2 beli mcm2
Quote arffa 2-7-2021 07:32 AM
Kenapa tak buat satu akaun utk dia kasi elaun bulanan. Kok ye pun utk anak order food mak tak boleh orderkan ke? Aku kalau kat office pun call anak tanya nak makan apa dan aku orderkan, anak mmg takde access akaun bank. Semua PlayStore aku off payment kekadang yg kecik main game tekan sesuka hati. Apasal benda basic macam tu tak boleh fikir ye, duit puluh ribu tu.
Quote dejure 2-7-2021 07:34 AM
Agaklah kan anak2 dia tahu tak sejarah dia ni sebenarnya? Mcm manalah anak2 dia rasa kalau dia google gmbar mak dia berhutan arizona tu tersebar ye?
Quote Minami2013 2-7-2021 09:12 AM
Kalau ps beli game online nmpak murah sbb currency. Dah convert berpeluh juga lah kan.
Quote laksmanabentan 2-7-2021 09:28 AM
aderaderker replied at 2-7-2021 12:24 AM
Hmm.. anak umur lima belas tahun dah dibagi access kad debit sendiri.
Ni bukan nak tunjuk aib anak ...

tu namanya sengal.... TAC ke no handphone siapa??????
kalau nak propa pun agak2 la zarina weeeeyyyyy.....
Quote luluaurora 2-7-2021 09:42 AM
hurmmm
anak baru 15 dh bg access card bagai
awat la xbuat ja acc asing utk anak tu
saving lain, guna belanja lain

itu yg parents aku buat dlu, now aku dh 3 series dh pn,
benefits dr tu p study pn xdela sengkek sgt, ada bckup duit saving

part netizen mrah dia upload tu betul la,
ank zmn skrg rebel level lain,
mana tau dlm diam dia dendam, stress, depress
ujung2 mak dia jugak nk kena tnggung akibat

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042687 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top