CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buku Lali Elisya Sandha Biru Dihempap Bola Boling Ketika Penggambaran

2-7-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3608| Komen: 8

DEMI menjayakan watak seorang pemain boling profesional, pelakon Elisya Sandha mengambil inisiatif mendapatkan khidmat seorang jurulatih peribadi membantunya menjayakan karakter dalam drama bersiri Ratu Ten Pin.


Menurut Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 22, dia komited untuk membawa watak tersebut dengan baik terutama apabila bergandingan dengan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah.


Kredit foto: IG Elisya

"Saya cari inisiatif sendiri dengan belajar daripada jurulatih peribadi. Walaupun sekejap sahaja saya belajar tapi ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Saya ada juga request pada coach untuk berlatih setiap hari tapi coach tidak galakkan sebab nanti jari akan berdarah dan melecet.

"Lepas itu, dia adjust untuk saya berlatih selama dua jam selang sehari sehingga saya mahir dan nampak tidak kekok dengan sukan tersebut," katanya kepada mStar.


Elisya ditemui pada sesi sidang media virtual bersama barisan pelakon drama Ratu Ten Pin yang diadakan pada Selasa.

Menceritakan pengalamannya, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini berkata, buku lalinya tercedera ketika menjalani penggambaran untuk drama terbitan JS Pictures itu.



"Ketika berlatih dengan coach, saya dah biasakan diri dengan peralatan khas boling tapi bila start shooting saya terpaksa tukar kepada peralatan biasa kerana dalam drama ini saya bermula sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan ini.

"Kalau berlatih saya gunakan kasut khas bila dalam set penggambaran saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling.



"Kasut-kasut tersebut kebanyakannya sudah kesat dan disebabkan tidak biasa, ada satu ketika sewaktu saya nak melontar, bola terjatuh dan hempap buku lali saya sampai biru jadinya namun saya bersyukur kecederaan tak terlalu serius, dua hari lepas itu dah baik," ujarnya.

Ratu Ten Pin yang mengangkat tema sukan boling bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (104).



Selain Elisya dan Syaidatul, drama arahan Jinggo ini turut dibintangi Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Lisdawati dan Esma Daniel.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgo19 2-7-2021 07:28 PM
Nama penuh dia nur elisya faizal la, bukan nur elisya hassan. Hassan tu bekas laki mak dia iaitu bapak fasha
Quote slyfynx 2-7-2021 07:46 PM
Kalau dahi ko kene bola boling or bola anak sis pun aku x heran dek
Quote trexxxxxi 2-7-2021 07:53 PM
virgo19 replied at 2-7-2021 08:28 PM
Nama penuh dia nur elisya faizal la, bukan nur elisya hassan. Hassan tu bekas laki mak dia iaitu bap ...

Tahnye. Reput cari ni asal tulis artikel jah khuens.
Tsk tsk pemalaih buat research.



Asal benang reput ni je memang hauk pungggg
Quote Kurex 2-7-2021 09:06 PM
Apa gosipnya? Kalau cyst ketok yg baling bola tu dgn sengaja dekat kaki pompuan ni, baru boleh digosip. Benda2 bodoh mcm ni tak payah bukak benang
Quote I.K.A888990 3-7-2021 07:07 AM
ala xpe nnt kan ada abe syg tlg urutkan
Quote Belibis 4-7-2021 10:00 AM
Pehhh..tajukkkkkk ..dihempap..seolah2 bola bowling tu macam saiz bongkah konkrit.
Quote 3chanceno 4-7-2021 01:05 PM
Gosipnya  dia pegi kelas untuk belajar bowling atau pakai kasut marhaen & bola jatuh ke kaki??? Ke takde gosip sebenarnya???

Quote 3chanceno 4-7-2021 01:06 PM
slyfynx replied at 2-7-2021 07:46 PM
Kalau dahi ko kene bola boling or bola anak sis pun aku x heran dek

Hahaha komen paling win  - terkena bola anak sis adoiii hahaha.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035772 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top