CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Mula Mengaji, Cuba Solat Walau Tak Cukup Lima Waktu

3-7-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6762| Komen: 38

Dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19 banyak mengubah kehidupan pelakon Nabila Huda ke arah yang lebih baik.

Cerita Nabila, 37, paling ketara apabila dia mula mendekatkan diri dengan agama selain melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah dengan sempurna.



Foto: IG

"Sepanjang PKP yang hampir memasuki dua tahun ni kadang-kadang rasa stress, tak bebas dan hidup dalam ketakutan.

"Tapi dalam masa dua tahun ni juga terlalu banyak benda berubah dalam hidup... saya berubah ke arah kebaikan.

"Tingkah laku berubah, cara hidup berubah, saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan semakin rapat dengan mereka," ujarnya kepada mStar.




Selain itu menurut Nabila, dia juga sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan Penciptanya.

"Saya dah belajar mengaji Al-Quran dan baca kitab setiap hari dengan kawan-kawan. Alhamdulillah sekarang dah sampai juzuk empat.

"Bukan tu saja, saya juga dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tak cukup lima waktu.

"Saya masih berusaha untuk buat dengan baik... tapi sebenarnya saya tak terfikir pun tentang ni," katanya.



Menurut pelakon filem M4M4 ini lagi, dia juga berjaya melakukan tugas harian di rumah seperti mengemas, basuh dan sidai pakaian yang sebelum ini tidak dilakukannya.

"Sebelum ini saya boleh masak, tapi susah nak buat kerja-kerja rumah... saya tak pandai.

"Tapi syukur sangat-sangat, saya sudah berubah tau!" katanya dengan nada gembira.



Dalam pada itu Nabila menasihatkan orang ramai agar melakukan sesuatu yang bermanfaat di rumah bagi mengelakkan tekanan ketika tempoh PKP sedang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Katanya laporan berhubung pelbagai tindakan tidak wajar dilakukan termasuk kes bunuh diri akibat tekanan hidup.




"Saya doakan anda dijauhkan daripada kesusahan, sentiasa positif dan elak rasa stress. Cuba lakukan sesuatu yang menggembirakan.

"Sabar itu indah, Allah takkan uji sampai kita tak boleh nak tangani," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 3-7-2021 04:34 PM
Benci betul baca org buka aib sendiri. Bangga ke solat tak cukup waktu? Nak org ckp tak pe, belajar slow2, gitu? Let it be between you and Allah.
Quote alesandra 3-7-2021 04:41 PM
Xyah citer laaa ko x  cukup solat 5waktu tu.xde pekdah pun
Quote CiliPadiSedap 3-7-2021 04:49 PM
orang tak tanya pun aib kau apa, tetiba kau cerita kt org. geli lah.
Quote otai_g 3-7-2021 05:20 PM
Watak dlm filem munafik tu real lah. Tu je nak bitau.
Quote slyfynx 3-7-2021 05:30 PM
X paham la yang nk bukak pekung di dada sendiri.
Just cakap sy cuba perbaiki diri cukup.
X perlu in detail dosa ape ko buat.
Menambahkan fitnah sebenarnye
Quote ninnamina 3-7-2021 05:33 PM
Omg.. perlu ke ko cerita? Maybe niat dia nak bagi kesedaran tapi bagi iols benda yg aib sendiri x perlu nak cerita lagi2 benda yg memang wajib tuntutan agama kene buat. Dari cerita macam ni terpalit sama suami kita, mak bapak kita..
Sekian mode setazah arini
Quote irvene 3-7-2021 05:37 PM
org ckp ko gemok, ko marah2. tapi bukak aib sendiri tak ke pelik pulak. annoying
Quote naina 3-7-2021 05:49 PM
Bukan tak pandai buat kerja rumah..tapi malas kot. Kikikiki. Aku kalau takda mood memang lantakla anak2 aku nak sepah. Penat. Malas tengok. Nak baca forum. Tapi tak perlu cerita aib benda tak baik kita buat pada umum..
Semoga Abil dapat anak lagi..
Quote Kurex 3-7-2021 06:02 PM
Oklah nok kata cuba solat. Tapi tak payah la mengaku kau tak cukup 5 waktu.. diam 2 dah la
Quote kakigojes 3-7-2021 06:03 PM
So, lepas habis MCO and covid, bila back to normal-ish, adakah u akan kembali back to tinggal solat?
Quote TomyamPuteh 3-7-2021 06:22 PM
Rengsa aku dgn anak dia.
Quote Belibis 3-7-2021 07:32 PM
Apa apalaaaa..ko ada dua kereta,dua motor,rumah dan yang penting..anak amy search..
Kami ni bukan siapa2 pongggg.{:smile
Quote nazzse 3-7-2021 07:37 PM
Trend eh retia buka aib sendiri sekarang. Cukup ko sudahlah tau pasal solat tak cukup tu
Quote 3chanceno 3-7-2021 07:41 PM
Ini karangan untuk homework sekolah semasa duk rumah ke apa???
Boleh tak tahu bila nak share & bila nak diam supaya aib terjaga & remain classy?
Quote nordin84 3-7-2021 07:51 PM
so dia da aibkan pak kebanggaan dlm sindiran ke
Quote sparkly 3-7-2021 08:31 PM
serious tak malu bagitau kat org pasal aib diri sendiri

Quote BicaraHatiku 3-7-2021 08:37 PM
sparkly replied at 3-7-2021 08:31 PM
serious tak malu bagitau kat org pasal aib diri sendiri

Mmmmm artis ada ke perasaan malu. Anything nk nampak good2 di mata masyarakat.

Quote hyie 3-7-2021 10:07 PM
dia takat berkongsi kisah dia je, nape nak butthurt diknon  knowing lifestyle abil yang agak sosial suatu ketika dulu, iols suka je dengan perubahan sheols sikit2 ni. Dan mendoakan sheols terus jadi lebih baik. Dari wajah sheols boleh tahu sheols tak hipokrit. Suka berkawan dengan insan begini
Quote papadomku 3-7-2021 10:29 PM
semoga abil istiqomah. Tapi tak perlu buka aib sendiri ye abil.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045944 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top