CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wadar Penjara Seksi Berhubungan Intim Dengan Banduan, Ditonton Oleh 11 Banduan Lain

4-7-2021 12:47 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4259| Komen: 16|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Harapkan pagar, pagar makan padi"

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk kes seorang pegawai penjara wanita di California yang melakukan hubungan intim dengan seorang banduan.

Menurut laporan portal People, Tina Gonzalez, 26, didakwa memotong seluar seragamnya untuk memudahkannya melakukan hubungan seks di penjara Fresno County sambil ditonton 11 tahanan lain.


Foto :Fresno County

Bekas ketuanya, pembantu syerif, Steve McComas memberitahu mahkamah dia menyaksikan banyak 'perkara yang menjijikkan' selama 26 tahun bekerja.

Namun, tiada yang lebih mengejutkan apabila mengetahui aksi seks Gonzalez ditonton banduan lain.

Bagaimanapun, wanita itu berhenti selepas ditangkap Mei tahun lalu.

Dia juga didakwa membekalkan banduan sama dengan pisau cukur, telefon bimbit dan maklumat dalaman sebelum sel tahanan lelaki itu diperiksa.

"Tetapi dia tidak menunjukkan penyesalan. Dia masih berhubung menerusi telefon dengan berbual lucah dengan lelaki berkenaan serta bangga dengan kejahatan dilakukannya."


Foto : Penjara Fresno County

April lalu, Gonzalez mengaku tidak bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tahanan, memiliki dadah atau alkohol serta telefon bimbit yang diberikan kepada banduan berkenaan.

Bekas ketuanya meminta wanita terbabit dihukum penjara maksimum tiga tahun lapan bulan.

Tetapi Hakim Michael Idiart meneliti pengakuan awal tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman tujuh bulan di penjara daerah diikuti tempoh percubaan selama dua tahun. - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-7-2021 12:51 PM
Mcm aku dah baca berita ni kelmarin.
Quote pearl.silver 4-7-2021 12:57 PM
Mcm citer joker je
Quote batmana 4-7-2021 01:06 PM
kuat sgt suhakam, nk samarata.
smpai warder pmpn jaga banduan lelaki

penjara sni ada ke warder pmpn jaga banduan laki?
Quote helicornia 4-7-2021 01:11 PM
kang masuk penjara buat hal lagi.elok diasingkan je
Quote glump 4-7-2021 01:17 PM
Thread dah ada.next..
Quote haifawehbe 4-7-2021 01:34 PM
betul la org ckp keje penjara lama2 kita diserap ke dlm penjara
Quote asma87 4-7-2021 01:37 PM
Banduan muke cam Michael Scofield dlm cite prison break kot tu yg warden bergegar je rase
Quote bluebutter 4-7-2021 02:14 PM
sarah82: Mcm aku dah baca berita ni kelmarin.

English version ni Malay version.
Quote nakkomenjugak 4-7-2021 02:17 PM
hamboiii birahhhhh! hihihi
Quote slyfynx 4-7-2021 02:49 PM
thread tumpanglalu74

Mcm bese, wartawan cari akan buka thread yang sedia ade, atau thread komen IG, atau thread dua tahun lepas.
Nextttt
Quote lazim 4-7-2021 02:54 PM
Tp mmg lawa pon.  Wardress pnjara malaysia ms time rekrut kurus,  dh kawen semua jd toriam
Quote Knowlee 4-7-2021 04:32 PM
Nanti kena rekrut jadi actress la tu...
Quote Artemesiaa 4-7-2021 04:34 PM
Thread ulang siar
Quote tikusmontok 4-7-2021 06:29 PM
haifawehbe replied at 4-7-2021 01:34 PM
betul la org ckp keje penjara lama2 kita diserap ke dlm penjara

siapa bodo yg ckp tu? Berapa ramai dah warden penjara kena serap masuk?
Quote adm7 4-7-2021 06:32 PM
Pegar la bingai
Quote namr 4-7-2021 07:08 PM
Thread astro

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top