Pengacara Fedtri Yahya sejak kebelakangan ini sering berkongsi luahan hati warganet yang tertekan terutama dengan masalah rumah tangga. Baru-baru ini, dia berkongsi di Twitter luahan seorang wanita yang sangat tertekan apabila suaminya bermain cinta dengan isteri orang. "Asbab PKP ni juga, saya sering mengalami serangan panik dan sesak nafas. "Suami kantoi curang dan berhubungan dengan isteri orang sejak PKP pertama," luah wanita itu. Lebih menyakitkan hati apabila 'pengacau' rumah tangga itu mengakui dia merindui suami wanita berkenaan dan membanding-bandingkan dengan suaminya sendiri.
Malah, suami orang ketiga itu menyalahkan wanita berkenaan kerana 'tidak reti menjaga suami sendiri'. Di ruangan komen, ramai menggesa wanita itu segera meninggalkan suaminya. "Kadang-kadang wanita tidak boleh terlalu lemah, bodoh-bodoh dan mengalah. Kena ada back up plan walaupun sedang bahagia," antara komen warganet. Segelintir warga maya juga meminta wnaita itu supaya menguatkan semangat menghadapi dugaan hidup ini selain mengingatkan bahawa apa yang terjadi bukan kesalahan daripadanya. Sudahlah serabut dengan PKP, selamba pula si suami pamer kemesraan dengan wanita lain tanpa rasa bersalah. - CARI
|
LadyCarefree: Asbab asbab asbab iols jadik alergik pula dgn perkataan asbab. LOLLLL
CiliPadiSedap replied at 5-7-2021 12:19 AM
Contoh nyata friska perampas rumah tangga suami orang. Terbaik punya kisah benar. Badal afrika
melinda_kerr replied at 5-7-2021 01:40 AM
Tpi apapun jgn libatkan diri dr bagi nasihat kt wanita mcmni.. ujung2 die akan kutip laki tak guna d ...

AKAZ85 replied at 5-7-2021 01:26 AM
Alaa.. Xde sape ke bukak thread bini lembam syuk boroi meroyan skandal syuk ugut nak bunuh diri ni.. ...
melinda_kerr replied at 5-7-2021 01:40 AM
Tpi apapun jgn libatkan diri dr bagi nasihat kt wanita mcmni.. ujung2 die akan kutip laki tak guna d ...
ADVERTISEMENT