CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetak Kepala Bayi Sampai Mati! Kejam!

5-7-2021 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13953| Komen: 66

Kuala Selangor: Tragedi menyayat hati apabila seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia akibat ditetak bapa saudaranya susulan pergaduhan yang berlaku antara ahli keluarga.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah rumah terletak di Kampung Parit Mahang, Jeram di sini.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara penghuni kediaman itu yang didakwa membabitkan adik beradik.


Foto: Harian Metro

"Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan seorang ahli keluarga yang datang ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon.

"Suspek berusia 20-an dikatakan keluar dari rumah berkenaan. Namun tidak lama kemudian suspek memasuki sebuah lagi rumah berhampiran dihuni adik iparnya.


"Dia kemudian menggunakan parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Bagaimanapun parang panjang yang dilibas itu sebaliknya mengenai kepala bayi berusia setahun," katanya.

Menurutnya, suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya itu namun berjaya ditahan ahli keluarga.

"Susulan itu mereka segera menghubungi polis sebelum penjenayah itu dapat ditahan tidak lama kemudian. Tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah itu terbabit dengan aktiviti dadah," katanya.


Foto: Harian Metro

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh berkenaan

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook memaklumkan bayi berkenaan dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, status berkenaan dipadam tidak lama kemudian dan mendapati seorang pemilik akaun Facebook memohon maaf di atas kenyataan yang dimuat naik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote momoruru 4-7-2021 08:56 PM
bayi3_1625401628.jpg

BHo0ov.md.jpg

Quote cik_chili 4-7-2021 08:57 PM
Allahuakbar!
Quote sharlenetexas 4-7-2021 08:59 PM
Dadoh ke?
Quote haruslah 4-7-2021 09:02 PM
Dadih?
Quote MontanaHannah 4-7-2021 09:04 PM
Jahanam institusi kekeluargaan.
Quote noor2 4-7-2021 09:04 PM
Astaghfirullah. ...ya Allah ngerinya
Quote Makcik.Kiah 4-7-2021 09:05 PM
Makcik tak sanggup baca berita sampai habis, baca sekerat saja dah remuk rasa hati ini. Teringat dengan cucu-cucu makcik. Allahu, surgalah tempat mu cu.
Quote degrandlite 4-7-2021 09:05 PM
Istighfar aku baca berita ni. Apa ke bodoh sgt manusia ni. Oh my, kesian budak yg xberdosa
Quote momoruru 4-7-2021 09:05 PM
sharlenetexas replied at 4-7-2021 08:59 PM
Dadoh ke?

Kalau tengok posting fb  ..betul sbb dadah
Quote kaogi 4-7-2021 09:06 PM
Alahai.. kesiannya kat baby
Quote Friska 4-7-2021 09:10 PM
Aduh mirisnya, kejam banget pamannya. Pengaruh narkoba jelek banget, buat manusia jadi iblis!
Quote exclusive_vvip 4-7-2021 09:16 PM
momoruru replied at 4-7-2021 09:05 PM
Kalau tengok posting fb  ..betul sbb dadah

ni lah akibat kalu family (selalunya mak), taknak antar anak penagih masuk pusat serenti..
Quote sharlenetexas 4-7-2021 09:23 PM
momoruru replied at 4-7-2021 09:05 PM
Kalau tengok posting fb  ..betul sbb dadah

Uols sempat baca ke? Ada yg sempat sc?
Quote insulin 4-7-2021 09:24 PM
Kesian bayi ni.

Apahal lelaki ni? Pengaruh dadah?
Quote mclaren 4-7-2021 09:29 PM
So by accident dia terlibas baby tu masa dia nak lubas parang ke ibu baby tu.

Jannah buatmu adik. Moga ibumu dapat pengganti yang dapat mengubat luka hatinya.
Quote momoruru 4-7-2021 09:29 PM
sharlenetexas replied at 4-7-2021 09:23 PM
Uols sempat baca ke? Ada yg sempat sc?

Dekat page info roadblock jpj/polis...posting asal ada yg sempat screenshot...yg empunya posting asal dh padam
Quote n3ar 4-7-2021 10:21 PM
celaka...

semoga ko kena bubuh belasah cukup2 dlm penjara tu...sebelum ko digantung sampai mati
Quote naina 4-7-2021 10:32 PM
Dadah ke?
Kesiann si baby..
Kesian maknya terpaksa tengok anak terluka berdarah cmtu..remuk hatinya
Semoga tabah sekeluarga
Semoga saatnya nyawa dihujung badan si baby tidak merasa.sakit
Quote ifanonline 5-7-2021 12:12 AM
babi tul la pengedar dan penghisap dadah...aku memohon kpd mu ya Allah, kau hapuskan lah manusia2 dadah ini...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047329 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top