Ingatkan sudah tamat dan boleh menarik nafas lega, rupanya rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih diganggu individu bernama Fara. Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Rossa memuat naik video mendakwa ada individu cuba menghantar santau.
"Ada empat talinya, satu sudah terlepas. Tinggal talinya saja. "Untuk si pembuat yang buat mcm ni, aku tak tuduh sesiapa. Semoga cepat bertaubat. Jangan buat syirik nak hantar santau ampai rumah bagai!" katanya.
Di ruangan komen, rata-rata warganet bagaimanapun mendakwa perbuatan syirik itu dilakukan Fara yang masih membuat onar. Malah, sebelum itu Rossa berkongsi tangkap layar perbualan dengan Fara yang mengugut mahu terjun bangunan kediamannya dan menikam diri sendiri kerana Shuk seperti tidak mempedulikan perasaannya yang kesepian. Dia juga berkongsi video Fara bergaduh dengan Shuk di dalam kereta dalam keadaan tidak keruan seperti kerasukan mahu mengoyak baju dan memukul diri sendiri. Kata Rossa, dia sudah memberi izin untuk berkahwin dengan Shuk, tetapi Fara yang tidak dapat menerima keluarga dan anak-anaknya. Dah kacau rumah tangga orang, nak bolot semua seorang pula dia. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|