CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Lesen, Tak Pakai Helmet- Dua Remaja Maut Ketika Berlumba Haram

5-7-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2552| Komen: 11

TAWAU: Dua remaja lelaki maut, selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, dekat sini, petang semalam.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohamad Ekhsan, 16, dan Rendy Salombe,15, masing-masing dari Kampung Seri Menanti dan Kampung Tanjung Batu Darat, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.


Foto: Berita Harian

"Selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan adalah disyaki mereka terbabit dalam aktiviti lumba haram," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


Peter berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik sebenar salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan berkenaan berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna.

Katanya, ujian saringan COVID-19 mengesahkan salah seorang mangsa didapati positif wabak itu.

"Bagaimanapun, sampel darah mereka telah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, sejak malam tadi tular di media sosial rakaman menunjukkan kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal dengan kedua-dua mangsa masing-masing terbaring di atas permukaan jalan.

Difahamkan, sebelum ini lokasi kejadian kerap digunakan untuk aktiviti dan penganjuran sukan permotoran termasuk "drag race." -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 5-7-2021 12:42 PM
Dua remaja disyaki merempit maut bertembung sesama sendiri

https://www.utusan.com.my/berita ... ung-sesama-sendiri/

Oleh SURAIDAH ROSLAN
5 Julai 2021, 12:39 pm



Motosikal kedua-dua mangsa yang bertembung sesama sendiri di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau semalam

TAWAU: Dua remaja lelaki yang disyaki sedang berlumba haram maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri di landasan Lapangan Terbang Lama, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum bertembung sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mangsa iaitu Rendy Salombe,15, dan Mohamad Ekhsan,16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah berikutan kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar.

Berdasarkan keterangan waris, Rendy menunggang motosikal dari Tanjung Batu Darat menuju ke Kampung (Kg) Vietnam untuk menghantar pengecas telefon bimbit manakala, Ekhsan dari arah Kampung Seri menanti menuju ke Lapangan Terbang Lama untuk membeli sayur.

“Saksi yang berada pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi kemalangan hanya melihat kepulan asap sebelum bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Peter, siasatan awal mendapati kedua-dua motosikal tersebut bertembung dari arah bertentangan dan kedua-dua mereka disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram.

“Bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian. Bagaimanapun, ujian saringan mendapati Mohamad Ekhsan positif Covid-19. Sampel darah kedua-dua mangsa turut diambil untuk dianalisis jika mengandungi alkohol,” katanya.

Jelas beliau, pihak polis berusaha mengesan pemilik sebuah motosikal yang turut berada di lokasi kejadian memandangkan alamat pemilik berdaftar adalah di Semporna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE

Quote Skuau 5-7-2021 12:49 PM
Udah la ada perkampungan Pilak....Kampung Vietnam pula da..kek Sabah ni..
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 12:56 PM
you play stupid games, win stupid prizes.
Quote drivethru 5-7-2021 12:58 PM
Alhamdulillah....kurang sikit pelesit kat malaysia ni.
Quote Artemesiaa 5-7-2021 01:00 PM
Perbuatan sia2.
Quote dudaberhias 5-7-2021 01:30 PM
Cash, kurang 2 eko sampah masyarakat.
Quote imransulaiman 5-7-2021 01:44 PM
Ada video tak?
Quote squeeze 5-7-2021 02:56 PM
Umo baru 15 dgn 16..muda2 dh pilih jalan merempit
Quote mamajawie 5-7-2021 03:12 PM
bagus la kurang sikit ummah bodoh..ni makin ramai lak sakit mental sejak covid ni..haishh
Quote mclaren 5-7-2021 03:15 PM
Nasib baik dia langgar sesama dia.

Kalau libatkan orang lain yang tak terbabit dalam lumba memang nak kena doakan bukan2 lah. Elok pun good riddance.
Quote nazzse 5-7-2021 03:38 PM
Sendiri cari nahas mendapatlah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032310 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top