CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lidah Dipotong Sejak Kecil, Hanya Mampu Makan Benda Lembut

5-7-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3070| Komen: 14

YAN: Seorang remaja lelaki tidak mampu bertutur secara sempurna selepas lidahnya terpaksa dipotong lapan tahun lalu, akibat penyakit `cystic hygroma' dialaminya sejak kecil.

Berikutan penyakit itu, Muhammad Amirul Haiqal Muhammad Shahizan, 13, hanya mampu makan makanan lembut dan bubur nasi berikutan mengalami bengkak di leher serta muka yang semakin membesar sejak dua bulan lalu.

Ibunya, Nor Azila Abdul Rahim, 34, berkata anak sulung daripada lima beradik itu dikesan mengidap penyakit berkenaan selepas dua minggu dilahirkan apabila dia mengalami sesak nafas.


Foto: Berita Harian

"Dia kemudian dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) lebih empat bulan dan doktor terpaksa membuat lubang di lehernya bagi membolehkan dia bernafas dan mengeluarkan kahak.


"Ketika usianya menjangkau lima tahun, penyakit dihidapi Amirul semakin serius apabila lidahnya terjelir keluar dan tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut menyebabkan doktor terpaksa memotong lidahnya bagi mengelak keadaan lebih teruk," katanya ketika ditemui.

Nor Azila yang menetap di Kampung Sungai Badak, Gurun, berkata penyakit yang dialami Amirul juga menyebabkan dia perlu melakukan banyak rawatan susulan dan berjumpa doktor pakar setiap bulan di HSB.

"Oleh kerana lidah Amirul dipotong, dia tidak boleh bertutur sempurna seperti remaja lain. Dahulu dia pernah memegang kad orang kurang upaya (OKU), namun diambil kembali Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut menghentikan bantuan bulanan RM500, bulan lalu.

"Saya tidak pasti mengapa bantuan dihentikan, wang itu banyak membantu saya dan suami, Muhammad Shahizan Mohd Shafei, 36, untuk membeli susu dan vitamin Amirul selain menampung kos perjalanan ke HSB," kata suri rumah berkenaan.

Nor Azila berkata, gaji suaminya yang bekerja di bahagian stor pasar raya sebanyak RM1,800 sebulan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga apatah lagi dia baru melahirkan anak bongsu, empat bulan lalu.

"Keadaan kami semakin susah selepas elaun suami terpaksa dipotong akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan gaji suami hanya cukup bagi membeli barang keperluan keluarga.

"Amirul dan tiga adiknya lagi turut bersekolah dan memerlukan perhatian, selain kami juga perlu membayar sewa rumah," katanya.

Sementara itu, nasib menimpa tujuh beranak berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit yang bersedia membantu berbincang dengan JKM agar Amirul menerima kembali bantuan bulanan RM500.

"Saya difahamkan JKM akan mengambil tindakan segera kerana Amirul layak untuk terus menerima bantuan bulanan berkenaan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung terus dengan Nor Azila di talian 018-4696641. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-7-2021 12:49 PM
Semoga sihat dik..
Tapi kenapa ditarik? Salah guna bantuan ke? Kena dengar 2 pihak
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 12:56 PM
aikk kenapa bantuan oku ditarik balik???
Quote spankee_fili 5-7-2021 01:06 PM
Kesiannya, nape ditarik balik bantuan?
Biasanya nak proses bagi dapat tu yg susah.
Quote naina 5-7-2021 01:10 PM
Kenapa kena tarik? Mesti ada reason ni.
Semoga dipermudahkan urusan keluarga mereka
Susah hati bila anak sakit
Quote sambaldurian 5-7-2021 01:19 PM
jkm ikut daerah ni ikut kuota ke, klu daerah tu dh penuh kuota x boleh ambil org baru ke sampai nk tarik balik kad oku tu? mungkinla pegawai yg bertugas tu rs bila dh operate, dh sihat, dh x perlu oku kad.
Quote sarah82 5-7-2021 01:38 PM
Dia tak pi renew ka? Sebab kad oku dan penerima JKM seingat aku kena renew setiap tahun.
Quote nazzse 5-7-2021 03:37 PM
Jkm dah kenapa, Oku kot ni. Bab tarik balik cepat jer, time apply bukan main lama nak lulis. Siasat tak habis2
Quote mama_neko 6-7-2021 12:02 AM
sebab apa kad oku ditarik balik.. ?? kesian la kat budak tu..
Quote little_sis 6-7-2021 12:07 AM
Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.. JKM sila ambil tindakan cepat sikitt
Quote supernaturalee 6-7-2021 01:19 AM
Secara ringkas ttg penyakit adik ni

A cystic hygroma is a fluid-filled sac that results from a blockage in the lymphatic system . It is most commonly located in the neck or head area, but can be located anywhere in the body. It may be discovered in a fetus during a pregnancy ultrasound , or it may be apparent at birth as a soft bulge under the skin.

it can be associated with Down syndrome, Turner syndrome, or Noonan syndrome.

Nisbah 1:6k kelahiran

Quote supernaturalee 6-7-2021 01:20 AM
Klu tt ltk kt tajuk jkm stop bantuan harus menderu masuk

Quote I.K.A888990 6-7-2021 02:32 AM
nasib KKM bagi balik bantuan kat adik ni.
kesian dia xdpt bygkan mcm.mana nk mkn minum
Quote Manjahati 6-7-2021 08:18 AM
Moga cepat2lah staff  jkm wat kerja utk  kasi balik bantuan tu
Quote orenmango 6-7-2021 10:09 AM
Ada la tu kenapa bantuan JKM dihentikan. Tunggu jawapan dari staf JKM.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082043 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top