SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di Jalan DU 1 Damai Utama, Puchong di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan tersebut pada pukul 6.57 pagi daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi. “Anggota bertugas yang tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung dengan tali pada bahagian dahan sebatang pokok. “Simati merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemeriksaan fizikal pada mayat berkenaan tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, semakan yang dilakukan mendapati mangsa tiada sebarang rekod perubatan lampau namun si mati dikatakan mempunyai masalah keluarga. “Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala keputusan punca kematian akan dimaklumkan selepas bedah siasat selesai,” ujar beliau. – CARI Sumber: Kosmo
|
biskutraya replied at 5-7-2021 03:20 PM
Aku nak tanya la.. dah lama terfikir.. tolak tepi la agama ke bangsa apa pun.. kita ditakdirkan mati ...
biskutraya replied at 5-7-2021 07:20 AM
Aku nak tanya la.. dah lama terfikir.. tolak tepi la agama ke bangsa apa pun.. kita ditakdirkan mati ...
Minami2013: Adakah dulu pun byk kes bunuh diri atau sbb covid baru byk coverage? Ada statistic?
syamzana replied at 5-7-2021 03:23 PM
org bunuh diri ni mental tak stabil dah. maybe diluar kewarasan dia dah.secara logiknya manusia ni ...
nazzse replied at 5-7-2021 03:34 PM
Sbb itu iman kena kuat. & kena redha. Iols sendiri pernah ada suicidal thought, but bila fikir nan ...
Kurex replied at 5-7-2021 04:33 PM
Aku pesan dekat kawan2 fb aku yg perasan bagus tu, kalau ada orang yg luahkan perasaan, marah2 dekat ...
ADVERTISEMENT