CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Mati Sebab Covid-19 Katanya, Padahal Suami Sendiri Yang Bunuh!

6-7-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2909| Komen: 16

Hyderabad: Bimbang perbuatannya membunuh isteri diketahui orang, seorang lelaki India menggunakan alasan wanita itu terkorban kerana dijangkiti Covid-19.

Dia juga tidak membenarkan jasad mangsa disentuh ahli keluarga, kononnya bimbang dijangkiti virus berkenaan, sedangkan Ramavath Vijay, 25, membunuh wanita itu dengan cara menekup mukanya dengan bantal.

Lapor portal The News Minute, Vijay didakwa melakukan perbuatan berkenaan sekitar jam 3 pagi, 18 Jun lalu selepas mereka bergaduh apabila dia menyangka isterinya, Kavitha, 21, mempunyai hubungan dengan lelaki lain.


Kredit foto: Harian Metro

Menurut Polis Rachakonda, sejurus kematian Kavitha, Vijay yang bekerja sebagai pemandu memberitahu ibu bapanya bahawa wanita itu meninggal dunia kerana Covid-19.


Dia juga segera membawa mayat mangsa ke kampung halamannya di Nalgonda untuk pengebumian.

Ketika Vijay sedaya mungkin memastikan tiada sesiapa mendekati mayat Kavitha dan menyegerakan ritual untuk pengebumian, semua usahanya itu terhenti apabila ditahan polis.

Sebelum itu, polis memaklumkan kematian mangsa dicurigai selepas ibu bapanya tidak dijangkiti Covid-19 walaupun selepas menyentuh mayat anak mereka.

Ibu Kavitha, Dhanavath Bujji yang sangsi membuat laporan di balai polis Vanasthalipuram pada 24 Jun lalu yang membawa kepada siasatan dan bedah siasat ke atas mayat yang mengesahkan mangsa bukan meninggal dunia kerana Covid-19.

Polis menahan Vijay pada 3 Julai lalu dan akan mendakwanya di mahkamah kerana membunuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 6-7-2021 10:45 AM
Literally mcm drama tamil
Quote otai_g 6-7-2021 10:47 AM
Tgk org biasa2 pun pndi menkambing hitamkan covid, apatah lg bkn org biasa2
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 10:53 AM
hehehehe hampir clean tapi sepandai2 yenna cover, akhirnya cover terbukak juaaa
Quote merrissa 6-7-2021 11:17 AM
mentalnya
Quote Scheherazade 6-7-2021 11:20 AM
Xleh ke cerai je dr bunuh org tu? Muda lg pun dua2, boleh je cari lain lps cerai.
Quote DayangKirana 6-7-2021 11:51 AM
dia kebumi tu yang kantoi takde covid..
agaknye kalau dia bakar mayat tu, sure tak boleh nk trace whether she got Covid or not..
Quote spankee_fili 6-7-2021 12:09 PM
Scheherazade replied at 6-7-2021 11:20 AM
Xleh ke cerai je dr bunuh org tu? Muda lg pun dua2, boleh je cari lain lps cerai.

Cerai sakit hati pulak tengok ex bercomolot ngan laki baru
Mati sapa pun tak dapat
Quote misc 6-7-2021 12:37 PM
Scheherazade replied at 6-7-2021 11:20 AM
Xleh ke cerai je dr bunuh org tu? Muda lg pun dua2, boleh je cari lain lps cerai.

Ada je jenis ego camni. Baik bunuh, dua2 org tak dpt.
Quote misc 6-7-2021 12:40 PM
DayangKirana replied at 6-7-2021 11:51 AM
dia kebumi tu yang kantoi takde covid..
agaknye kalau dia bakar mayat tu, sure tak boleh nk trace  ...

Tu la kan terpengaruh sgt dgn cerita tamil, tak reti improvise di alam nyata. Kan dlm movie biasanya ending mesti org jahat dpt balasan.
Quote Scheherazade 6-7-2021 01:56 PM
spankee_fili replied at 6-7-2021 12:09 PM
Cerai sakit hati pulak tengok ex bercomolot ngan laki baru
Mati sapa pun tak dapat

Jgn la duduk dkt situ dah lps cerai. Carik husband baru dr daerah lain.
Quote Scheherazade 6-7-2021 01:57 PM
misc replied at 6-7-2021 12:37 PM
Ada je jenis ego camni. Baik bunuh, dua2 org tak dpt.

Konsep if i can't have u, no one can eh
Quote I.K.A888990 6-7-2021 02:42 PM
muda lagi pun xpsl2 msk penjara.
bodoh sgt ingat dah bunuh tu gerenti terlepas
Quote spankee_fili 6-7-2021 03:11 PM
Scheherazade replied at 6-7-2021 01:56 PM
Jgn la duduk dkt situ dah lps cerai. Carik husband baru dr daerah lain.

ID uols ni teringat pulak cerita 1001 nights, Sherazad nama diberi
Quote Artemesiaa 6-7-2021 04:29 PM
Bukan senang2 boleh buat skrip sendiri kena siasat kantoi nanti
Quote Fortiori02 7-7-2021 10:50 PM
Sepandai2 tupai melompat...
Quote None68 8-7-2021 07:12 AM
Haiya banyak je pompuan lain..kan dah rugi sbb membunuh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054285 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top