CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Penyapu Dan Tong Sampah, Israel Tahan Keldai Pula

6-7-2021 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2201| Komen: 4

Tidak cukup dengan menahan penduduk Palestin, keldai milik mereka turut ‘ditahan’ tentera Zionis.

Ketenteraan Israel mendakwa, keldai itu perlu ditangkap kerana digunakan rakyat Palestin untuk ‘mendatangkan bahaya’ kepada penduduk Yahudi.



Kredit foto: Gulf News

Lapor Gulf News, keldai itu ditahan di kawasan penempatan Jabal Mukaber di sini, baru-baru ini.

Gambar penahanan keldai itu menjadi tular dalam media sosial dan mengundang pelbagai komen dari pengguna. Rata-ratanya menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal dan bodoh.

Malah, ada pengguna media sosial mendakwa tentera Israel pernah merampas sebatang penyapu di pekan Silwan selepas mendakwa alat pembersihan itu digunakan untuk tujuan berbahaya.





Ini bukan kali pertama tentera Zionis melakukan ‘penangkapan tidak masuk akal’.

Pada 2017, tentera Israel melancarkan kempen penangkapan keldai serta haiwan lain yang dimiliki oleh penduduk Palestin secara besar-besaran di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Dalam tahun yang sama, tentera Zionis menahan seekor keldai yang didakwa ‘tidak mempunyai permit sah’.

Keldai sering dijadikan sebagai pengangkutan utama oleh golongan petani Palestin di kawasan pinggir bandar.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-7-2021 06:41 PM
Keldai ditahan sebab Al-Masih Dajjal akan naik keldai sehingga sampai Yerushalaiyim

Selamat datang Ad-Dajjal Meshiya tahun 2024, all praise to YaHaVaH mengikut kiraan kitab Book of Jubiless Hebrew Bible ummah suci yehudi

Sebab tu Al-Masih Dajjal sebut Qul lanyusibana illa ma kataballahulana

[youtube]AjimZB-3YfM[/youtube]
Quote khairulikhwan 6-7-2021 07:00 PM
israhell betol la
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 11:31 PM
lepas ni apa pulak? dinasour?
Quote missycutie 7-7-2021 09:54 AM
keldai pulak jd mangsa

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.028341 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top