CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaluan Digigit Ular Albino Kepunyaan Jiran

7-7-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2522| Komen: 19

Kemaluan seorang lelaki digigit ular sepanjang 1.8 meter ketika duduk untuk membuang air di tandas rumahnya, menurut polis.

Mangsa berusia 65 tahun itu dilaporkan pergi ke bilik air pada kira-kira pukul 6 pagi sebelum digigit ular di kediamannya di Graz, Austria pada Isnin.


Keadaan itu membuatkan dia segera bangun dari tandas dan melihat seekor ular sawa albino sedang merenung ke arahnya.


Foto: LPD Steiermark

Reptilia itu dipercayai kepunyaan jirannya berusia 24 tahun dan mungkin terlepas masuk melalui saluran pembetung di blok apartmennya.

Pasukan kecemasan menghubungi pakar ular untuk membawa keluar ular berkenaan dari tandas, dibersihkan dan dikembalikan kepada pemiliknya.


Lelaki berkenaan dirawat di hospital kerana cedera ringan.

Polis mengesahkan jiran berusia 24 tahun yang merupakan pemilik ular itu didakwa kerana mengakibatkan kecuaian dan menyebabkan kecederaan. -CARI

Sumber: mStar/Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 7-7-2021 11:41 AM
Semoga bertabah
Quote Vellfire 7-7-2021 11:42 AM
Erkkk

Nasib cedera ringan.. xde bisa ke?
Quote sarah82 7-7-2021 11:44 AM
Mujur ular sawa kalau ular berbisa..RIP uncle.
Quote cairel_azlie 7-7-2021 11:48 AM
Mesti dia ingat ular jugak tu,,,musuh mmg pantang jumpa seteru...
Quote makneng 7-7-2021 11:50 AM
Kes ulau besau gigit ulau kecik. Sian ulau kecik merana. Jahat ulau besau ni.
Quote Kurex 7-7-2021 11:55 AM
Dicikloi ular
Quote naina 7-7-2021 11:57 AM
Mintak jauhlah kejadian begini terjadiii
Quote Scheherazade 7-7-2021 12:00 PM
Hish, ni la buat aku check the toilet bowl b4 duduk. Ngeri seh.
Quote insulin 7-7-2021 12:00 PM
sarah82 replied at 7-7-2021 11:44 AM
Mujur ular sawa kalau ular berbisa..RIP uncle.

Ular sawa ni giginya pun kuat juga so......
Quote AshkieLa 7-7-2021 12:04 PM
seram betul tengok gambar tu...
mujur ular sawa..
kalau cobra.. mau jiran pun tak mengaku bela
Quote sarah82 7-7-2021 12:04 PM
insulin replied at 7-7-2021 12:00 PM
Ular sawa ni giginya pun kuat juga so......

Huhuhuhuhu.. Tak boleh dibayangkan.. Adakah uncle ni akan mati pucuk?
Quote Jitu 7-7-2021 12:05 PM
ular tu tengok bergoyang2 je anu tu yg terus ngap nasib baik tak putus
Quote salmon-suki 7-7-2021 12:07 PM
Eee..xfaham laa org jenis suka bela ular ni...bela miaw2 je xleh ke?bahaya yee..
Quote AshkieLa 7-7-2021 12:08 PM
insulin replied at 7-7-2021 12:00 PM
Ular sawa ni giginya pun kuat juga so......

hospital kata cedera ringan.. so okla kot.
jangan mcm si mendoza tu..
tak apa2 walaupun mengalami kecederaan dalaman...
Quote exclusive_vvip 7-7-2021 12:38 PM
sebelum2 ni i ngat ular sawa x sebahaya cobra,viper atau memana ular yg patuk berbisa tu..ingatkn lbh kepada pasif..rupanya agresif juga..dia boleh melompat dan tuju kepala ke dada @ area jantung org..scary siot
Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:38 PM
Scheherazade: Hish, ni la buat aku check the toilet bowl b4 duduk. Ngeri seh.


Always. Walau condo. Spore pun ada cases macam ni walau rumah pangsa.
Quote twins 7-7-2021 12:44 PM
sib baik la ular sawa.... kalau tidak.. dah wassalamuu dah la pokcik ooiii....
Quote Artemesiaa 7-7-2021 12:45 PM
Ingatkan kejadian di Thailand macam selalunya rupanya kat Austria.  Biasakan check dulu mangkuk tandas sebelum guna malang tak berbau.
Quote pxlbb 7-7-2021 01:07 PM
Last time iols balik kampung, dah habis melepas baru iols nampak ada katak kat dalam lubang toilet. Trauma sampai ke hari ni even bila balik rumah sendiri pun setiap kali nak guna toilet mesti iols intai kejap apa ada kat dalam {:yameteh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042936 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top