CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kenapa Saya Hantar Dia Balik?' - Mayat Pakcik Rena Tan Ditemui Lepas Hampir Seminggu

7-7-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2964| Komen: 13

"Mayat arwah hanya ditemui semalam oleh penduduk kampung. Dia dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira lima atau enam hari lalu," kata Pengerusi Biro Keahlian Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pelakon, Rena Tan mengenai kematian bapa saudaranya, Abdul Razak Ismail, 71.


Rena berkata, Allahyarham yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Krau, Pahang.

Rena juga terkilan kerana dia baru saja menghantar bapa saudaranya itu pulang dari Kuala Lumpur pada Isnin minggu lalu.



"Semalam saya dapat panggilan mengatakan dia meninggal dunia. Rasa bersalah pun ada apabila terfikir kenapa saya hantar dia balik? Kalau tak, kematiannya tidaklah dalam keadaan tragis," katanya.

Rena berkata, bapa saudaranya yang juga pesara tentera itu bukan saja tinggal bersendirian, tetapi juga tinggal di kawasan terpencil.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada mana-mana pihak berkenaan yang ambil tahu mengenai kehidupan pesara tentera yang tinggal terpencil. Padahal mereka inilah dahulunya bertempur dengan pengganas komunis dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak," katanya kepada Harian Metro.


Rena berkata, punca kematian bapa saudaranya belum dapat dipastikan sama ada akibat Covid-19, perbuatan jenayah atau faktor lain dan jenazah kini dalam proses bedah siasat di Hospital Temerloh.

Katanya, Allahyarham yang menerima pencen kira-kira RM1,000 sebulan tinggal seorang diri di kampung itu selepas ibu dan adiknya meninggal dunia.

"Sudah puas kami pujuk dia untuk tinggal di Kuala Lumpur tapi dia enggan. Jadi kami kerap berulang alik menjenguk dia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Sebelum emak meninggal dunia pun kami kerap balik menyambut Aidilfitri dengan arwah. Kami amat bimbangkan keselamatannya kerana tempatnya terpencil dan kedudukan rumah yang jauh dari jiran," katanya.

Katanya, bapa saudaranya itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada awal April lalu dan mengalami patah tulang rusuk.

Dia dimasukkan ke Hospital Temerloh selama dua hari pada 5 dan 6 April dan menjalani pembedahan di tangan.

"Ketika itulah saya berpakat dengan doktor kononnya dia kena ikut saya ke Kuala Lumpur untuk rawatan susulan. Puas jugalah nak pujuk dia. Jika bukan kerana kemalangan itu, memang dia takkan ikut," katanya. Menurutnya, selama tiga bulan tinggal bersamanya di sini, keadaan bapa saudaranya semakin pulih.

"Baru-baru ini dia dimasukkan Hospital Ampang selepas hilang dari rumah. Dia hilang kawalan kerana rindukan kampung dan saya terpaksa ikut kehendaknya," katanya.

Selepas mendapat kebenaran polis, Rena menghantar bapa saudaranya itu ke kampung minggu lalu.

"Arwah bapa saya anak sulung dan dia adalah anak kedua daripada empat adik beradik. Tinggal dia saja waris yang masih ada dan dia ibarat pengganti ayah," katanya.

Rena berkata, ketika tinggal bersamanya, bapa saudaranya ceria apabila diminta berkongsi pengalaman sebagai anggota tentera.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 7-7-2021 12:15 PM
Alahai baiknya anak sedara. Jarang2 anak sedara kisahkan mak pak sedara macam mak pak sendiri. Tapi sebab MMG dah takda sapa kot. Atau MMG dah rapat dari kecik kan
Quote Herlina 7-7-2021 12:23 PM
Bukan dia sendiri yg kata pakcik dia dapat duit pencen hampir RM1k sebulan ke?
Apa maksud org tak ambik tahu? Ke dia nk pihak tertentu melawat dn ambik berat tentang keadaan bapa sedara dia?

Apapun, semoga roh ditempatkan bersama para solihin.
Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:37 PM
naina: Alahai baiknya anak sedara. Jarang2 anak sedara kisahkan mak pak sedara macam mak pak sendiri. Tapi sebab MMG dah takda sapa kot. Atau MMG dah rapat d ...


Rasa nak nangis baca. Baik betul dia. Siap layan pak sedara cerita kisah lama.
Quote Peterpan17 7-7-2021 01:50 PM
naina replied at 7-7-2021 12:15 PM
Alahai baiknya anak sedara. Jarang2 anak sedara kisahkan mak pak sedara macam mak pak sendiri. Tapi  ...

Mgkn pakcik dia jaga dia dr kecik. Mcm aku jaga anak sedara aku dulu dr baby baru lahir smp dia sekolah menengah. Msk universiti kat KL ni pun tiap minggu dia akan lepak rumah aku atau rumah adik aku. Sebab kami berdua je yg ada di KL/Selangor. Tp since kami yg jaga dia dr baby, so mmg rapat. Smp skrg dia dah balik Sabah lepas belajar pun kami msh rapat. Klu ada apa2 cerita atau update mesti call atau whatsapp kita org.
Quote iminidin 7-7-2021 02:12 PM
selesa dok sendiri agaknya.
Al Fatihah.. innalillahiwainnailaihirojiun..

tragis dan sedihnya
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:50 PM
Al Fatihah. Takziah kepada mereka yang terlibat.
Quote Manjahati 7-7-2021 02:56 PM
Moga dipermudahkan..sedih pulak baca..
Quote syamzana 7-7-2021 04:16 PM
Innalillah...

Orang tua mmg gini lar, brp kerat sgt nak ikut duduk rumah anak2 pun.mcm2 alasan depa bg. mak iols sampai naik darah la dok rumah iols ni sbb bosan katanya nak jaga cucu pun sume beso panjang dah.koh3. belum lagi riso pokok2 bunga dia

semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. baik sgguh anak sedara jaga perihal paksedara.
Quote batmana 7-7-2021 04:58 PM
klu ada org tua cmni, berdegil tknk duk sama, psgla cctv cap ayam rm50 tgk online aja
psg skali tenet pelan tenet cap ayam bwh rm50 sbulan

klu xde liputan tenet, 3g, 4g, stimix, unifi,
dh dia duk hulu bwh gunung ganang bagai
psgla tenet gune satelite - https://connectme.my/home , baru rm198 sbulan


leh juga pantau online.
Quote tomiko_haza 8-7-2021 09:19 AM
Herlina replied at 7-7-2021 12:23 PM
Bukan dia sendiri yg kata pakcik dia dapat duit pencen hampir RM1k sebulan ke?
Apa maksud org tak a ...

RM1K tu mmg la auto masuk bank pakcik ni sbb duit pencen, maksud dia kebajikan lain la. tapi dah umah pakcik dia terpencil susah la skit org nak jengok sbb jauh dr orang.
Quote tomiko_haza 8-7-2021 09:20 AM
naina replied at 7-7-2021 12:15 PM
Alahai baiknya anak sedara. Jarang2 anak sedara kisahkan mak pak sedara macam mak pak sendiri. Tapi  ...

maybe dari kecik mmg rapat dgn sedara mara jd dh rase mcm bapak sendiri.
Quote supernaturalee 8-7-2021 09:48 AM
syamzana replied at 7-7-2021 04:16 PM
Innalillah...

Orang tua mmg gini lar, brp kerat sgt nak ikut duduk rumah anak2 pun.mcm2 alasan de ...

Risau psl pokok bunga?
Lorr sama lh dgn mak iols

Quote supernaturalee 8-7-2021 09:50 AM
Accident patah tulang rusuk
Tp yg operate tangan

Did I missed something here

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036943 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top