CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susah Nak Jadi Penyanyi, Dr Hafiz Buka Klinik Gigi

7-7-2021 12:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6661| Komen: 30|Original author: Oleh: LilRose

Dr Hafiz Zainal bersyukur klinik giginya dapat beroperasi walaupun dalam kapasiti pesakit yang terhad.


Kredit foto: IG


Menurut laporan Harian Metro, bekas peserta Big Stage 2020 itu reda Toothsuite Dental di Bukit Jalil tidak dapat beroperasi seperti dirancang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP sejak dibuka sebulan lalu.

Katanya, dia memilih membuka klinik gigi memandangkan karier sebagai penyanyi semakin kelam dalam situasi pandemik Covid-19.



"Selepas hampir 10 bulan saya berhenti kerja di sebuah klinik gigi kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya nyanyian, saya nekad untuk membuka klinik gigi bersama seorang lagi kawan baik.

"Sepanjang tempoh tidak bekerja sebagai doktor gigi saya teringin nak merasai pengalaman bekerja sepenuh masa sebagai penyanyi," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, tidak mudah untuk mengharapkan punca rezeki dari kerjaya nyanyian semata-mata, akuinya.



"Jadi saya buka sebuah klinik gigi. Nak dijadikan cerita baru saja dibuka, tiba-tiba kerajaan mengumumkan PKP 3.0, tapi mujurlah klinik dapat beroperasi dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Jadi tidaklah terkesan sangat," katanya.

Dedahnya, dia mendapat dorongan daripada orang ramai supaya membuka klinik gigi sendiri dan untuk itu, sudah ratusan ribu ringgit dihabiskan untuk membuka klinik itu.

Dia memilih lokasi di Bukit Jalil kerana kawasannya sangat strategik dan mudah untuk diakses. Justeru, dia meminta orang ramai mendoakan segala urusan dipermudahkan.


Kredit foto: IG

"Saya tahu nak jalankan perniagaan sendiri tidak mudah memandangkan saya tiada pengalaman dalam perniagaan tapi saya dan kawan baik sentiasa optimis selain mempunyai impian besar untuk meluaskan lagi empayar Toothsuite Dental," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:31 PM
Nyanyi not as bad as nabila chipmunk tp entahlah aura xdok?
Quote Kurex 7-7-2021 12:35 PM
Iols terus menyokong selagi takde nampak aura nazimah dekat doktor
Quote Tinot7 7-7-2021 12:41 PM
Byknya duit nak bukak klinik
Quote ahmad_dhani91 7-7-2021 12:48 PM
wow umur belum 30 dah dapat kumpul 500 ribu. kita nak simpan 50 ringgit pun terkial kial
Quote Skuau 7-7-2021 12:53 PM
ahmad_dhani91 replied at 7-7-2021 12:48 PM
wow umur belum 30 dah dapat kumpul 500 ribu. kita nak simpan 50 ringgit pun terkial kial

yg bermakna...pendapatan dia sbln paling kurang pon...rm3500...dr umur 18 taun-30taun(skrng).
Quote ahmad_dhani91 7-7-2021 12:55 PM
Skuau replied at 7-7-2021 12:53 PM
yg bermakna...pendapatan dia sbln paling kurang pon...rm3500...dr umur 18 taun-30taun(skrng).

nampak macam membongak kan propa much
Quote Skuau 7-7-2021 01:05 PM
ahmad_dhani91 replied at 7-7-2021 12:55 PM
nampak macam membongak kan  propa much


Aku bersangka baik jer...umor 18 pon dh dpt gaji rm3500 sbln...kira hebat la tu....
Quote I.K.A888990 7-7-2021 01:13 PM
mungkin ni lagi memberi rezeki xpelah
Quote Straya 7-7-2021 01:18 PM
Family kaya kot
Quote isbritneybich 7-7-2021 01:18 PM
doktor mana yang exhibitionist sebab takde clue maka sendu benang tu ari tu
Quote uda 7-7-2021 01:24 PM
Tinot7 replied at 7-7-2021 12:41 PM
Byknya duit nak bukak klinik

Peralatan pergigian mmg mahal esp kerusi dia.
Quote tipahketipung 7-7-2021 01:29 PM
Main Bitcoin je mudo2 ada saving setengah juto?
Quote Tinot7 7-7-2021 01:36 PM
uda replied at 7-7-2021 01:24 PM
Peralatan pergigian mmg mahal esp kerusi dia.

Ye, tapi tak sangka muda2 ada duit byk tuh utk buka klinik..
Quote merrissa 7-7-2021 01:37 PM
ahmad_dhani91 replied at 7-7-2021 12:55 PM
nampak macam membongak kan  propa much

lagu dia pon aku x pernh dengar

hebat lah gitu retis sendu pon duit berkepuk

confirm duit family...acah2 saving konon...
Quote djzara81 7-7-2021 01:37 PM
Wahhhh pasni berduyun2 aciks & ponen nak buat treatment dgn dr Hafiz nihh.
Quote TomyamPuteh 7-7-2021 01:50 PM
Terus @Kurex buat appointment.
Quote fairy_fairy 7-7-2021 01:53 PM
Eloklah tu. Kawan dentist iols tak berhenti terima patients. Dia pula rajin promote kat tiktok.
Quote nononcrux 7-7-2021 02:08 PM
uda replied at 7-7-2021 01:24 PM
Peralatan pergigian mmg mahal esp kerusi dia.

tengok dentist ramai kaya kaya
Quote kechikchomel 7-7-2021 02:11 PM
Jauh sangat...kat bukit jalil. Kalau dekat iolss dh booking utk appointment dah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038502 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top