CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur 10 Tahun Tapi Badan 80 Tahun- Budak Benjamin Button Meninggal Dunia

7-7-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1961| Komen: 1

Kiev: Budak perempuan dari Vinnytsia, Ukraine yang menderita penyakit genetik dikenali progeria seperti watak dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, dilaporkan meninggal dunia.


Iryna Khimich, 10, menghidap penyakit genetik atau juga dikenali sebagai Sindrom Hutchinson-Gilford.

Ia menjadikan tubuhnya seperti individu berusia 80 tahun, walaupun dia masih kanak-kanak.

The Sun melaporkan, walaupun hayatnya singkat, dia berjaya menjadi seniman berbakat dan mempamerkan karyanya.

Foto: Harian Metro

Dia pernah mengimpikan untuk mengunjungi Paris di mana ada rancangan untuk karya seninya yang mengagumkan itu dipamerkan.

Ibunya, Dina, 39, mengumumkan kematian anaknya itu di media sosial.

"Degupan jantungnya terhenti semalam. Maaf sayang, kami tidak dapat menyelamatkan kamu kali ini," katanya.

Doktor mengatakan setiap tahun tubuh budak itu menua hampir satu dekad, menyebabkan Iryna meninggal dunia.

Ia sebelum dia dapat terbang ke Boston, Amerika Syarikat (AS) untuk menerima rawatan lanjut.

Ahli perniagaan Ukraine, Andrey Zdesenko yang membantu mengumpulkan wang untuk rawatan Iryna turut berkongsi kesedihan atas kematian kanak-kanak itu.

"Seorang gadis yang unik dan berbakat, dia dengan berani berjuang selama 10 tahun dengan penyakit progeria yang mengerikan dan jarang ditemui.

"Ada begitu banyak cahaya, cinta, daya hidup, ketulusan dalam dirinya. Betapa jelasnya dia melihat dunia, bagaimana dia bergegas untuk meluahkan semuanya dalam lukisannya.

"Dia melukis gambar yang berbeza dengan kedua-dua tangannya, luar biasa. Kami gembira kerana berjaya menunjukkan hasil karyanya," katanya.

Walaupun sebahagian besar penderita penyakit pelik itu hidup tidak lebih dari 20 tahun, seorang wanita di Amerika Syarikat masih sihat dan kini berusia 43 tahun.

Wanita itu, Tiffany Wedekind, dari Ohio, hidup melebihi jangka hayatnya dan dipercayai individu yang tertua masih hidup dengan progeria. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 7-7-2021 01:35 PM
Aku pnh jumpa seorang budak yg kene Progeria bertahun2 dulu. Mungkin dah arwah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042527 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top