|
Peka dengan situasi semasa, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan khasnya kepada golongan terjejas sepanjang fasa pandemik.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberikan bantuan untuk mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka yang diusahakan oleh keluarganya, pada Selasa. Ayda yang kini sedang hamil anak pertama bersyukur kerana urusan agihan sumbangan berupa barangan keperluan dipermudahkan. “Saya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan usaha kami untuk membantu penduduk di tempat asal saya.
“Kalau ikutkan hati, saya nak sama-sama keluar mencari mereka yang terkesan dan mahu membantu, tetapi saya sendiri enggan berhadapan dengan risiko kerana sedang sarat hamil.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085054 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.