|
Seorang lelaki di Medan, Indonesia yang berang ditinggalkan kekasih bertindak nekad membakar rumah bapa teman wanitanya selepas hubungan mereka berakhir, lapor portal Tribunenews, semalam.
Suspek yang dikenali sebagai S, 28, dikatakan patah hati selepas kekasihnya, Fitriani meminta hubungan mereka diputuskan. Oleh sebab itu, dia berkunjung ke rumah Fitriani kelmarin dengan membawa sebotol minyak petrol sebelum menyimbahnya di sekitar rumah orang tua wanita itu di Dusun II, Desa Pinangripan, Kecamatan Air Batu, Kabupaten Asahan. Kakak Fitriani, Erni, memberitahu polis bahawa dia ternampak kelibat S di kawasan rumah mereka sebelum kebakaran berlaku. “Saya tahu S yang bertanggungjawab atas kejadian ini kerana ketika saya memutuskan hubungan dengannya, dia mengugut mahu mencederakan keluarga saya.
“Polis berkata S kini sedang bersembunyi dan saya berharap dia segera ditangkap atas perbuatannya,” kata Fitriani. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut namun rumah ibu bapa Fitriani musnah teruk akibat kebakaran. Sumber: Kosmo!
|
twins: sib baik dah break... kalau dah kawin dengan dia ntah tak apa lg dia buat kalau dia naik angin....
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041650 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.