Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak berpuas hati apabila terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan dalaman rumah gara-gara proses pengubahsuaian yang tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, suami kepada pelakon Scha Alyahya itu meluahkan rasa kesal apabila kerosakan yang berlaku itu bukan kecil, tetapi turut melibatkan beberapa bahagian penting dalam rumahnya. “Hari ini cermin tercabut, sebelum ini Cornish (bahagian pada siling) jatuh, kayu-kayu semua dah merekah. Lepas habis PKPD ini rumah runtuh agaknya,” tulisnya. Dalam Instastory yang sama, Awal turut menjelaskan banyak kerosakan berlaku sekiranya proses pengubahsuaian tergendala lama dalam tempoh yang lama.
“Panas, sejuk, panas, lembap tapi tidak ada orang duduk. Pintu kabinet semua sudah membengkok sebab lama terbiar. “Siapa yang kena tanggung semua ni? Owner (pemilik) juga,” ujarnya. -CARI |
mesmerize replied at 7-7-2021 02:59 PM
apasal low quality sangat barang2 kat rumah dia? baru setahun kot pasang? rumah akak punya cabinet y ...
dudaberhias replied at 7-7-2021 03:47 PM
khennn.... iols bukan la nak side kontraktor sebab kontraktor memang ramai hazab2 n hauk je kerja ...
tipahketipung replied at 7-7-2021 02:51 PM
Banyak sangat dugaan mamat ni.
Duit panas ke tuuu?
Kadang2 takde keberkatan sebab hasil dan sumber ...
sukacactus replied at 7-7-2021 02:54 PM
Cornish ke cornice
Cornish ni bkn mcm kaum cornish kat UK sana ke
Paling biasa dgr cornish pie
Timortimur replied at 7-7-2021 08:01 AM
Betul jgk apa you cakap
Duit panas kot
ADVERTISEMENT