CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlajak Bergurau Kasar, Issey Minta Maaf Kepada Shuk

7-7-2021 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5349| Komen: 20

Pelawak dan penyampai radio, Issey mengakui gurauan kasar terhadap rakan seperjuangannya, Shuk dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim keempat menerusi TV3, tiga hari lalu pengajaran buat dirinya.


Katanya, walaupun sudah meminta maaf kepada pengacara dan pelawak berkenaan, secara peribadi dia akan sentiasa beringat untuk berpada-pada dalam ‘menyakat’, sekali gus tidak mengguris perasaan orang lain.


Foto: IG

“Rakaman itu berlangsung pada April lalu secara tertutup dan disebabkan terlalu selesa kerana Shuk juga antara kawan baik yang selalu bertepuk tampar membuatkan saya mengusiknya sebegitu.

“Ikutkan kami memang rapat dari dahulu, malah kalau tengok kami bergurau pun agak kasar sebab suka ‘membahan’ sesama sendiri tapi saya tahu itu bukan alasan untuk saya mengatakan isu curang itu secara terbuka dalam televisyen.


“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu, jauh sekali mahu memalukannya. Namun benda sudah jadi, saya minta maaf dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya sudah pun menghubunginya untuk meminta maaf, bukan disebabkan perkara itu menjadi viral tetapi secara ikhlas saya tidak bermaksud cuba menjatuhkan maruahnya,” katanya kepada Kosmo! Online.



Terdahulu, menerusi program itu Issey yang juga penyampai radio Suria FM mengeluarkan ayat ‘awak pernah curang saya tak pernah’ yang ditujukan pada Shuk sebagai balasan gurauan kepada dirinya.

Begitupun, perkataan yang diluahkan secara spontan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak yang menganggap gurauan tersebut keterlaluan.

Apatah lagi, Shuk pernah berdepan kontroversi membabitkan hubungan dengan seorang wanita yang menimbulkan ketegangan dalam rumah tangganya. Lebih memanaskan, tidak sampai 24 jam selepas insiden gurauan Issey menemui penonton, beberapa hari lalu, Shuk sekali lagi memanas akibat pendedahan terkini daripada isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dalam Instagram.



Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM apabila menunjukkan perubahan ketara pada dirinya.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.

Sementara itu, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, turut berharap masyarakat juga memaafkan ketelanjuran kata-katanya.

Malah dia tidak ketinggalan meluahkan terima kasih di atas teguran orang ramai berhubung isu terbabit kerana secara langsung itu membuktikan keprihatinan mereka.



“Jika orang tak tegur mungkin saya pun tak sedar kekhilafan saya. Sekali lagi saya minta maaf. Harap perkara ini juga tidak diperbesarkan lagi,” luahnya.

Ditanya mengenai persahabatan dengan Shuk, Issey memaklumkan mereka masih seperti dulu malah tiada sebarang sengketa walaupun usikan yang dilakukannya viral dalam media sosial.

“Alhamdulillah dia okey dan faham. Sebenarnya selepas rakaman program itu pun kami ada berjumpa. Dia pun tak sangka gurauan saya jadi isu hangat,” ulas Issey. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:40 PM
Facts dont care about your feelings. Tapi yela tak nak menveruhkan persahabatan takpun kifarah pulak ke issey hihi
Quote beta_carotene 7-7-2021 03:17 PM
kalu bagus sgt dh nape bercerai berai dulu

bingit la mamat budu ni
Quote ezacbee 7-7-2021 05:07 PM
Klo kena org lain mau bertinju
Quote amyza82 7-7-2021 05:54 PM
Try hard sgt nk kelakar, sampai bahan org Melampau pun x sedar.
Conclusion - mamat budu ni mmg tak kelakar,sejak kawin baru, feeling laki mithali
Quote mamasaffiya 7-7-2021 06:13 PM
Aku mmg x gemar mamat ni.
Perasan hensem ngan glamer
Quote LadyCarefree 7-7-2021 08:52 PM
Dia ni yg pagar rumah kena langgar kan? Hehe
Quote eizarz 7-7-2021 11:16 PM
try hard sgt mamat sskjp ni...dah la tak kelakar,over buat2..{:laugh
Quote jiwakacau06 7-7-2021 11:24 PM
pdn la shuk pn mengata dia...abis klau bercerai...kawin kali ke 2 xkn nk ulang prgai yg sama...
Quote BuBuComey 7-7-2021 11:46 PM
Seeloknya kena kata macam tu dah si shuk tu pun kata kat isey sama
Quote nesloice 8-7-2021 12:33 AM
issey ni sape? tak famous pun
Quote reddots 8-7-2021 11:54 AM
Ayooo.. tv indon sna..retis membahan sesama boleh jadi konten hokay.. lagi membahan buka rahsia kawan lagi la naik rating..
Quote hyie 8-7-2021 01:10 PM
yang ni gurauan kasar sesama member je. Sebelum issey bahan si shuk, shuk terlebih dulu membahan issey. Kira2 win2 gitulah
Quote doubleharmonic 8-7-2021 01:55 PM
fara tersenyum sinis?
Quote nuralisa 8-7-2021 03:31 PM
Masalhnya cite tu rakaman kot ..
Mcm la x leh nak cut2 dulu …
Saja nak cari kontroversi je .. phuii …
Quote Cik_jantung 8-7-2021 07:12 PM
LadyCarefree replied at 7-7-2021 08:52 PM
Dia ni yg pagar rumah kena langgar kan? Hehe

Tu bukan ke azad
Quote Tasikchini 8-7-2021 07:29 PM
Skjp khennn
Quote LadyCarefree 8-7-2021 07:43 PM
Cik_jantung replied at 8-7-2021 06:12 PM
Tu bukan ke azad

Aduh. Ada lain ke?
Quote I.K.A888990 10-7-2021 01:49 AM
jgn kena batang hidung sendiri sudah
Quote haruslah 16-7-2021 09:59 AM
Issey pun dah xde radio lagi
Dah abis kontrak kot

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top