CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Jepun Gelak Putera Harry Dapat Jawatan Zakar

7-7-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2991| Komen: 3

TOKYO – Monarki Britain, Putera Harry mendapat pekerjaan  baharu sebagai Ketua Pegawai Impak di sebuah syarikat  motivasi kesihatan mental di California, manakala jawatan itu dikenali sebagai Chimpo dalam kalangan komuniti perniagaan, lapor akhbar Metro.co hari ini.


Bagaimanapun, jawatan itu mendapat perhatian atas sebab yang salah di Jepun. Ini adalah kerana perkataan chimpo adalah slanga untuk zakar dalam bahasa Jepun.

Laman berita Jepun, SoraNews24 melaporkan orang ramai ketawa apabila mengetahui nama gelaran untuk jawatan tersebut.

Foto: Agensi

“Bayangkan sekiranya beliau datang ke Jepun dan memperkenalkan  diri sebagai seorang chimpo kepada pegawai-pegawai? Saya mahu melihat wajah mereka!,”  kata seorang pengguna media sosial negara itu.


Gelaran tersebut digunakan oleh banyak syarikat lain yang berkecimpung dalam bidang tersebut.

Putera Harry    bekerja sebagai  chimpo untuk syarikat BettetUp Inc dan mengumumkan langkah tersebut pada Mac lalu.

Putera itu memberitahu  akhbar  Wall Street Journal bahawa beliau mahu menggunakan peranannya untuk mencetuskan impak dalam kehidupan orang lain.

” Latihan proaktif menyediakan peluang tidak terbatas untuk kemajuan kendiri, meningkatkan kesedaran dan membawa kepada kehidupan lebih baik,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 7-7-2021 03:56 PM
ala macam la kt malaysia,

temmu pukki,

granit xhaka..


Quote nakkomenjugak 7-7-2021 11:47 PM
So iols panggil prince chimpo jela
Quote diknaz 28-7-2021 12:48 AM
{:laugh{:laugh{:laugh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.034303 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top