CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lunyai Dah 19 Tahun Guna- Bakal Pengantin Risau Tak Boleh Tinggal Bantal Busuk!

7-7-2021 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7577| Komen: 61

Pasti ada dalam kalangan kita yang sukar untuk berenggang dengan bantal busuk masing-masing.

Begitu juga dengan wanita berusia 25 tahun ini apabila dia masih tidak mampu untuk membuang tabiatnya itu.


Menurut Intan Normala Mohd Norman, sudah 19 tahun dia menggunakan bantal busuk itu sehingga keadannya hampir hancur dan terpaksa dilekatkan menggunakan pin.


Foto: mStar

"Saya mula menggunakan bantal busuk itu ketika masih kecil. Sekarang, dah tak ada rupa bantal. Ia sensitif, tak boleh kasar-kasar.

"Maksudnya, tak boleh nak tarik kuat-kuat sebab dah hampir hancur. Sebab dah tak boleh jahit, saya terpaksa gunakan pin," ujarnya kepada mStar.


Mesra disapa Intan, dia mengakui pernah beberapa kali berusaha untuk membuang tabiat tidur menggunakan bantal busuk, namun tak berhasil.


Foto: mStar

Malah katanya, bantal itu juga akan dibawa ke mana sahaja termasuklah ketika bercuti bersama rakan-rakannya.

"Saya suka pegang bantal tu, kena letak di muka, kemudian baru tidur. Pernah juga cuba nak tinggalkan, letak kat mana-mana, tapi tak boleh tidur.

"Pergi ke mana-mana pun saya akan bawa. Pergi travel dengan kawan misalnya. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands.

"Kawan pun tengok pelik. Mereka tegur dalam nada bergurau. Kalau perjalanan jauh dengan kereta pun saya akan bawa bantal busuk tu," ujarnya berseloroh.

Intan yang menetap di Kuala Selangor, Selangor, berkata, sukar untuk dia membayangkan sekiranya bantal itu dibuang oleh mana-mana ahli keluarganya.


Foto: mStar

Malah, dia turut berkongsi video mengenai 'harta karun' itu di aplikasi TikTok dan menerima pelbagai reaksi berbeza netizen.

"Saya kongsi video bantal busuk di Twitter. Ada yang kata, mereka pun ada bantal busuk tapi malu nak tunjuk kepada orang.

"Banyak komen lucu-lucu. Ada juga yang tertanya-tanya, sebab usia saya dah 25 tapi masih ada bantal busuk.

"Mereka tertanya-tanya, macam mana boleh jadi seteruk ini," ujar anak ke-12 daripada 13 beradik itu.



Paling risau kata Intan, dia dijangka menamatkan zaman bujangnya pada Disember ini.

Namun katanya, kisah mengenai bantal busuk itu turut dietahui oleh bakal suaminya, gara-gara diceritakan oleh ibunya sendiri.

"Tunang tahu, bakal mentua pun tahu. Dulu masa tunang saya datang ke rumah, mak saya ceritakan kepada dia.

"Saya dah kata kepada mak, janganlah cerita, nanti malu. Mak siap keluarkan bantal tu, tergelak-gelak tunang saya. Dia pun terkejut.

"Ayah pun pernah bising. Dia kata, dah nak kahwin, patutnya dah kena buang. Tapi memang tak boleh, susah nak tidur kalau tiada bantal tu.

"Saya pun tak jumpa lagi cara bagaimana nak tinggalkan bantal ni. Harap-harap biarlah saya sendiri, bukan orang lain yang buang," jelas Intan yang juga kakitangan sebuah restoran makanan segera di Puncak Alam.

Jelas Intan, ibunya turut mempunyai tabiat itu, namun melibatkan bantal peluk. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-7-2021 02:55 PM
Acah2 cute la ni
Quote Kurex 7-7-2021 02:56 PM
Why aku nampak lagi muda????
Quote mxsssgi81 7-7-2021 02:58 PM
Gigih la tayang bantal busuk lunyai suh netizen tgk..
Quote Manjahati 7-7-2021 03:02 PM
Kalau bantal busuk rupa gitu ..im speechless
Quote Knowlee 7-7-2021 03:12 PM
Apa punya story la Malaysia ni...
Quote nazzse 7-7-2021 03:35 PM
Yuckk geli aku.
Adik aku dok bawa bear busuk sana sini boleh buat naik darah
Quote mclaren 7-7-2021 03:36 PM
Eii gelinya.

Siapa2 yang belum ada anak lagi please lah jangan ajar anak2 attach dengan apa2 material.

Nak ajar attachment kat sesuatu untuk bagi calm or senang tidur ke, why not bagi dia habit nyanyikan selawat ke apa kat dia. Stop using materials as pacifiers.
Quote any42 7-7-2021 03:40 PM
mcm usus tburai je.
xleh sumbat msuk dlm sarung bru ke skurang2 nmpqk smenggah sket
Quote sarah82 7-7-2021 03:41 PM
Adik.. Ang dah nikah nanti bantal busuk pun hilang ke mana.
Quote miemiecha 7-7-2021 03:51 PM
means pengotorlah kan?
Quote gummiebear 7-7-2021 03:59 PM
Tak layak dipanggil bantal dah pun
Quote ellejo 7-7-2021 03:59 PM
orang kuala memang problematic.
Quote mejaputih 7-7-2021 04:00 PM
isu semasa ke ni???
Quote tikusmontok 7-7-2021 04:05 PM
Pengotor siot
Quote imanmariam 7-7-2021 04:07 PM
Hiiiii dah jadi sarang kuman
Quote cap_ayam 7-7-2021 04:08 PM
maaf tapi dah 25 tahun umur kan.. buat cerita pasal bantal busuk?
Quote kaogi 7-7-2021 04:09 PM
any42 replied at 7-7-2021 03:40 PM
mcm usus tburai je.
xleh sumbat msuk dlm sarung bru ke skurang2 nmpqk smenggah sket

kan.. gigih pula dia usung mcm tu.

Dah mcm hantu penanggal jer

Quote mohdcrow 7-7-2021 04:14 PM
Entah kenapa gua rasa macam dia ni....ermm...takperlah
Quote sfrnna 7-7-2021 04:15 PM
Gelinya ya ampun. Bukan budak kecik dan bukan OKU pun nak ada attachment dgn bantal busuk. Skrg benda tu pun dah tak serupa bantal. Layak ke di panggil bantal lagi. Adoi la attention seeker betul. Mohon check kalau budak ni ada perangai hoarder gak.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047410 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top