Pengguna media sosial atau netizen Indonesia digelar bodoh apabila memuat naik komen membela suspek kes pembunuhan gara-gara wajahnya yang tampan, lapor Suara.com, hari ini. Wajah suspek bernama Cameron Herrin dari Florida, Amerika Syarikat menjadi tular di laman TikTok apabila sesi perbicaraan berkenaan kes kemalangan jalan raya pada 2018 itu dimuat naik semula.
Ketampanan wajah Herrin dan kecantikan warna mata kelabu milik lelaki itu menjadi perbualan netizen Indonesia yang meninggalkan komen tidak rela dia dihukum bunuh. “Saya rela menemani dia di penjara.Nasib baik Herrin tidak dijatuhkan hukuman gantung, sayang kalau wajah setampan ini mati,” tulis seorang pengguna media sosial. “Sudah cukup berat hukuman penjara 24 tahun, terlalu tampan untuk ke tali gantung,” komen seorang lagi. Komen-komen tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia dan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. “Apa mahu jadi netizen Indonesia ini? Kalau muka tampan, makanya perangai seperti syaitan juga perlu diselamatkan?” tulis warganet berkenaan komen pembelaan tersebut. “Nyawa mangsa yang maut tidak boleh diganti dengan ketampanan si pelaku, ingat ya para netizen semua,” ujar seorang lagi. Pada Mei 2018, Herrin disabit kesalahan atas kematian Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia yang berusia satu tahun ketika memandu kereta dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Sumber: Kosmo!
|
sarah82 replied at 7-7-2021 07:36 AM
Oh yang ni.. Tadi dok nampak kat ig.. Ingatkan pasal apa.
nazzse replied at 7-7-2021 03:39 PM
Tengah racing, langgar mak dgn baby.
Patut kena bunuh je
dua_chzy: Ted Bundy pun ramai tino tergila2 dek. Betul2 psiko la betina2 begini. Apa la malang kau punya childhood sampai membesar dengan otak berempati pada pe ...
lattehazelnut replied at 7-7-2021 04:29 PM
Minit 0:51
I rasa mula ala timothee chalamet
Tp perangai langit dgn bumi la
ADVERTISEMENT