CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keadaan Makin Tenat, Balkisyh Cadang Pakai Lampin Kain Lebih Jimat

8-7-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24181| Komen: 230

Sejak akhir-akhir ini, kita sering kali mendengar keluhan segelintir ibu bapa yang kini dikatakan sudah tidak mampu lagi membeli lampin pakai buang buat anak kecil mereka terutamanya dizaman ekonomi serba mencabar ini.



Foto: IG Balkisy

Lantaran itu, pelakon Balkisyh Semundur Khan mencadangkan supaya para ibu bapa mencari alternatif lain dengan menggantikan lampin pakai buang dengan kain napkin.

Menurut Balqish, tidak salah untuk kita kembali menggunakan teknik lama sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan lampin pakai buang buat sementara waktu.



Tulisnya di Instagram, meskipun kaedah ini dianggap remeh pada zaman serba moden ini, namum, setidak-tidaknya ia dapat membantu para ibu bapa untuk berjimat serta mendahulukan perkara yang lebih penting seperti soal makan dan minum.


Dalam pada itu, Balkisyh turut dilihat menitipkan doakan agar keadaan megara dapat pulih seperti bisa dalam masa terdekat.



“Semua orang tengah tenat skarang. Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini.

“Semoga kaedah #backtonature ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yg telah kehabisan pampers. Saya doakan supaya dipermudahkan urusan kita smua dan pandemik COVID-19 ini cepat berakhir,” akhirinya.


SUmber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 7-7-2021 07:47 PM
Sesuai untuk akak yg minta derma diapers mamypoko tu.. hehe
Quote krustykrab 7-7-2021 08:07 PM
Betul la tu...yg meminta ni pun ukur baju di badan sendiri la..cuba belajar2 hidup sederhana sikit..ni nk makan pun x de duit, lg nak suruh org supply pampers..
Quote Mawar91 7-7-2021 08:30 PM
Tula zaman dlu elok je pakai napkin.duit Pampers tu bole beli mcm2 kot.tpi meols x nak la ckp lelebih maybe x de Mase nak cuci kot.
Quote supermum 7-7-2021 08:34 PM
Kalau korang cuba bangkitkan isu lampin pakai buang, bagi susu badan or kurangkan/stop susu formula untuk budak above 1yo, bersedialah untuk dikecam. Macam-macam alasan aku baca. Tak sempat cucilah, kita tak tau keadaan doranglah, susahlah etc. Kalau tak sanggup nak tanggung kos permulaan cloth diaper, boleh mintak yang preloved. Ramai sanggup donate
Quote MakcikLaksa 7-7-2021 08:42 PM
Bernas sgt cadangan ni. Zman dlu pn pkai napkin je kan. Jimat.
Quote stania83 7-7-2021 09:01 PM
Betulah tuuu pampers mahalll. Boleh buat makan seminggu.
Quote red_velvet 7-7-2021 09:09 PM
Betul sangat. Bak Kata orang ko yg beranak, org lain kena pikir nak tanggung Susu pampers anak2 ko..
Quote primarikey 7-7-2021 09:31 PM
Betul tu...duit pampers bole beli mknn
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 09:48 PM
supermum replied at 7-7-2021 08:34 PM
Kalau korang cuba bangkitkan isu lampin pakai buang, bagi susu badan or kurangkan/stop susu formula  ...

Khenzzzzzzzzzz. Memang harammmm, tak boleh komen langsung bab2 ni, parenting apa segala, big no no. Tapi bila dah susah, mintak donation orang jugak
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 09:49 PM
napkin pun bagus. buat sementara waktu ni boleh laaa... bukan untuk selamanya punnn
Quote naina 7-7-2021 10:37 PM
supermum replied at 7-7-2021 08:34 PM
Kalau korang cuba bangkitkan isu lampin pakai buang, bagi susu badan or kurangkan/stop susu formula  ...

Dah ada yang cuba cadangkan ke? Nak sangat benda ni diwar2kan. Bukan apa..aku ada anak kecik memang la selalu beli Pampers..harga sebag mesti lebih rm20++ punya. Rm20 tu ikan ayam boleh beli. Tula untuk orang susah yang meminta2 ni kena educate benda ni. Kena sedar kan mereka ukur baju di badan sendiri. Ini anak ko buat tapi orang lain yang kena tanggung.
Quote Afie13 7-7-2021 11:12 PM
Edited by Afie13 at 7-7-2021 11:22 PM
supermum replied at 7-7-2021 08:34 PM
Kalau korang cuba bangkitkan isu lampin pakai buang, bagi susu badan or kurangkan/stop susu formula  ...


Hahahaha i dah kena hari tu. I ckp kalau budak lebih 2 tahun boleh dikurangkan susu. Bagi sehari 2@3 kali je n lebihkan makanan. I ckp lah lepas 2 tahun dah boleh start potty training anak tapi alih2 i kena kecam hahahahahahaha

Alhamdulillah rezeki i anak2 semua menyusu badan drp lahir smpai 2 tahun. Ank i lahir susu badan mmg x keluar tapi kita kena usaha lah biar susu keluar. Panggil bidan urut smpai keluar susu n selalu pam susu supaya ada rangsangan. Lepas 2 tahun stop susu badan n bagi susu formula tapi kuantiti sikit je 2@3 kali sehari. Bukan nak jimat tapi mmg dlm islam pun diajar susu tu 2 tahun je lepas tu jadikan sampingan je. Keperluan utama budak 2 tahun ke atas adalah mkanan
Quote Afie13 7-7-2021 11:17 PM
naina replied at 7-7-2021 10:37 PM
Dah ada yang cuba cadangkan ke? Nak sangat benda ni diwar2kan. Bukan apa..aku ada anak kecik meman ...

Sikap NGO terlalu manjakan diaorg. Mana ada NGO yg ajar guna cloth diapers atau kain lampin semua bagi pampers je. Betul kita xtau diaorg susah nak bersih kain lampin ke nk jemur xde tempat ke tapi x salah pun kalau kita ajar diaorg

Org2 dulu mmg dibesarkan dgn pakai kain lampin je. Pampers tu buat gilir2 je alhamdulillah jimat belanja cuma kena rajin bersih n jemur kain lampin
Quote naina 7-7-2021 11:47 PM
Afie13 replied at 7-7-2021 11:17 PM
Sikap NGO terlalu manjakan diaorg. Mana ada NGO yg ajar guna cloth diapers atau kain lampin semua  ...

Nak seribu daya xnk seribu dalih..habehtu Dorang xmmbasuh baju ke hari? Kalau aku jadi NGO aku akan gtau lampin pakai buang kami xsediakan. Tapi kain lampin 10 helai dan Plastik siap pin ada. Boleh digunakan sampai bila. Lepastu anak umur 3.5 tahun keatas kami xberi lampin. Boleh ajar potty train ya..ahh gituhhhh.
Quote kechikchomel 8-7-2021 12:08 AM
Duluuuuu la kan. Zaman awal 2000an dulu. Ktorg pergi la rumah sorang sedara ni. Dia tak la susah sangat. Cukup makan la org kata. Laki dia keje kg, dia suri rumah. Anak dia kecik2 lagi la masa tu. Yg paling kecik tu pakai diapers. Mak iolss cakap la kat ayah iolss, 'Si A tu, kalau tak g mana2, duduk rumah je pakaikan la anak tu napkin. Pakai pampers kan mahal.' Iolss tak igt lak ayah iolss cakap apa. Iolss lak masa tu fikir, senang apa pakai diapers.
Tapi bila dah tua2 ni, iolss setuju dgn mak iolss.
Quote BuBuComey 8-7-2021 12:12 AM
Betullah cadangan dia. Cuma kena rajin mencuci. Time2 gini mana blh jimat, kita jimat
Quote aderaderker 8-7-2021 12:37 AM
Betul tu, lagi2 sekarang mmg dok rumah je.
Kalau anak dah besar sikit boleh bercakap,  start potty training.

Yg 5 tahun still pakai pampers nak pulak brand mamipoko mmg jenis mak pemalas..
Quote NonaNaga 8-7-2021 12:48 AM
Iols ada kawan yg mng dia betul2 susukan ank smpi 2 tahun then dia buat cloth diapers sendiri. Bila anta anak rumah pengasih dia pesan x payah basuh masukkan je dlm plastic CD. Dia kata mmg jimat banyak.
Quote Afie13 8-7-2021 01:06 AM
Edited by Afie13 at 9-7-2021 04:43 PM
naina replied at 7-7-2021 11:47 PM
Nak seribu daya xnk seribu dalih..habehtu Dorang xmmbasuh baju ke hari? Kalau aku jadi NGO aku aka ...


Ramai yg i baca mintak bantuan pampers n susu tu anak2 dah 3-5 tahun. Serius la isteri suri rumah kot xkan lah x boleh ajar anak potty training start drp umur 2 thun lebih pun dah ok. I ni smpai menangis nak ajar anak sulung i potty training sbb dia selalu kencing merata wlaupun dah berbulan i ajar n masa tu umur dah dekat 3 tahun. Mmg lah kdg2 rasa putus asa tapi dah anak u tanggungjwb sndri lah kena ajar n didik anak. Kalau anak dh 4 atau 5 tahun masih lagi minta bantuan pampers n susu kalau i rasa malu

Lihat semua komen(230)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top