Datuk Seri Vida kecewa apabila kenyataannya berhubung kempen bendera putih diputar belit segelintir pihak. Berkata Utusan Malaysia, usahawan kosmetik sensasi itu terkilan apabila dikecam seolah-olah dia tidak mahu membantu masyarakat terjejas pandemik Covid-19.
Tegasnya, dia tidak menentang kempen itu, malah turut turun padang membantu mereka yang memerlukan tidak mengira sama ada bendera putih dikibarkan atau tidak. "Kalau saya tak bersuara macam ini, siapa lagi? Asyik nak salahkan kerajaan sahaja. Asyik nak jadi mak cik dan pak cik bawang. Kalau saya mengata semua orang, tidaklah saya turun padang beri bantuan. "Mereka yang duduk mengata saya pandai cakap tetapi membantu tidak, habis itu nak saya tolong satu Malaysia ke? Beratus juta pun tak cukup. Bersihkan hati sedikit. Saya tak kata jangan angkat bendera putih.
"Kalau perlu, buatlah. Akan ada bantuan cepat atau lambat. Tetapi yang mana mampu, jangan pupuk bangsa pemalas dan mudah menyerah," katanya kepada Utusan menerusi perbualan WhatsApp.
|
dudaberhias replied at 8-7-2021 08:22 AM
Takde la suruh tolong satu negara pun dah pitih dia pun bukannya banyak pun sampai hadiah barang kem ...
dudaberhias replied at 8-7-2021 12:22 AM
Takde la suruh tolong satu negara pun dah pitih dia pun bukannya banyak pun sampai hadiah barang kem ...
rosannazmia replied at 8-7-2021 07:28 AM
Maleh tgk video dia yg hok ni.. Aku sensitip bab ni sbb nya bendera putih dari rakyat kepada rakyat. ...
ninjago replied at 8-7-2021 10:33 AM
exactly. yg start bendera putih tu dari rakyat sendiri tuk rakyat. org2 kaya & menteri2 tak berhak ...
ADVERTISEMENT