|
Kempen bendera putih seakan-akan memberi harapan kepada orang memerlukan untuk meneruskan hidup. Bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang sekeliling, rakan artis turut dilihat tampil menghulurkan bantuan.
Terbaru, Sharnaaz Ahmad menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan akan membantu 400 keluarga sempena kempen bendera putih tersebut menggunakan dana yang dikumpul hasil derma pengikutnya. Bersama perkongsian tersebut, Sharnaaz mencari sukarelawan untuk mengambil dan mengagihkan bantuan kepada keluarga memerlukan. Berlaku jujur dengan para penderma, Sharnaaz menunjukkan bukti duit sumbangan dan jumlah pembelian yang dilakukannya pada hari itu. Antara barangan asas yang dibeli termasuk susu tepung, lampin pakai buang, beras, gula dan biskut.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074189 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.