CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Keluarga Maut Akibat Covid-19, Doktor Pula Dibelasah Beramai-Ramai Sampai Nak Mati

8-7-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2021| Komen: 9

New Delhi: Seorang lagi doktor di India menjadi mangsa lepas geram keluarga pesakit Covid-19.

Tribunnews melaporkan keluarga pesakit mengasari pegawai perubatan itu kerana tidak dapat menerima hakikat waris mereka meninggal dunia akibat Covid-19, pada awal bulan lalu.


Dr Seuj Kumar Senapati ketika menceritakan pengalamannya memberitahu, beliau hampir mati akibat dipukul dan ditendang beramai-ramai oleh keluarga pesakit berkenaan.

Insiden itu berlaku ketika Dr Senapati bertugas di pusat rawatan Covid-19 di daerah Hojai, Assam, timur laut India.


Foto: Agensi

Beliau diminta untuk memeriksa pesakit yang dirawat pada waktu pagi.


Ketika melakukan pemeriksaan, Dr Senapati mendapati tubuh pesakitnya sudah tidak bernyawa.

Keluarga pesakit sangat marah sebaik mengetahui perkara itu dan kemudiannya melemparkan kerusi ke arah doktor lelaki berkenaan.

Ahli keluarga lain turut bertindak agresif dengan merosakkan tingkap dan mencederakan petugas kesihatan yang ada di situ.

Dr Senapati berusaha melarikan diri, tetapi terus dikasari keluarga berkenaan.

Sebuah rakaman video yang tular menunjukkan kepala Dr Senapati dipukul dengan pispot (bekas bertutup untuk pesakit membuang air kecil).

Mereka turut mengheretnya keluar dan terus memukul hingga mangsa berlumuran darah.

Pakaiannya turut dikoyak hingga dia tidak berbaju dan menjerit kesakitan.

BBC News melaporkan, tiada siapa yang membantu Dr Senapati ketika itu kerana petugas kesihatan lain turut diserang dan ada yang bersembunyi.

"Pakaian saya koyak, gelang emas dirampas, telefon bimbit serta cermin mata pula pecah.

"Bagaimanapun, saya dapat melarikan diri kira-kira 20 minit selepas itu," katanya.

Dr Senapati kemudian ke balai polis bagi membuat laporan.

Video yang tular itu menimbulkan kekecohan dan pemimpin setempat berjanji untuk mengambil tindakan segera berhubung insiden itu

Seramai 36 individu termasuk tiga remaja bawah umur disyaki terbabit dalam insiden itu.

Kejadian itu bukan yang pertama kerana sejak awal pandemik Covid-19 tercetus di India tahun lalu apabila beberapa doktor sudah menjadi mangsa serangan keluarga pesakit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-7-2021 11:24 AM
Leluhurrrr
Quote ophillea 29-7-2021 12:28 AM
Yang pelik2 tu biasanya dari sini la..
Quote Jiyongie88 29-7-2021 01:49 AM
Dh mmg tk bernyawa, suh doc check pastu kne pukul lak.
Quote I.K.A888990 29-7-2021 11:06 AM
Ya Allah apa lagi yg doktor mampu buat saat mcm tu
Quote mama_neko 1-10-2021 11:00 PM
aku punya la cuak, elok2 hari isnin beli teh ais kat kedai, esoknya kedai tutup, sbb makcik tu ngan laki dia kena covid ... seb baik aku amek langkah berhati hati pakai straw sendiri, sbb aku dok imagin virus melekat kat straw, cutlery, so mmg aku spare straw and cutlery sendiri dlm kereta
Quote Carcosa 1-10-2021 11:05 PM
Apa lagi. Saman lah barua2 yg pukul tu. Saman sampai tinggal spender. Miskin tak miskin, sesuka hati pukul orang. Tak bertamadun betul perangai. Sempat pulak rembat Dr tu punya gelang emas. Dasar anjing.
Quote edayildiz 1-10-2021 11:22 PM
ganaz dan serem
Quote naina 1-10-2021 11:28 PM
Dia punya baran dan gelojoh tu selain merogol, memukul membaran sesukati pun ya jugak. Aduh. Ni kalau jadi kat Malaysia ni sure ramai doktor dah kena belasah.
Quote Suchi 1-10-2021 11:37 PM
Gilerr.. dahla pukul dgn bekas air kencing. Air kencing tu la paling byk virus covid19.

Dorang ni mmg jenis susah nak terima kenyataan, walau suka makan pedas tapi tak tabah.
Kalau sakit tak mampu tahan mesti terjerit2, kalau sedih menangis teruk sampai meratap2, kalau marah mudah sangat nak mengamuk baran sampai serang orang.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045621 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top