|
Perbuatan syirik dengan memohon bentuan makhluk tertentu selain Allah biasanya berlaku disebabkan wujud perasaan hasad dengki, dendam dan cemburu sehingga mereka sanggup membelakangkan agama walaupun Islam melarang keras perbuatan itu.
Namun demi menjatuhkan 'musuh' dalam perniagaan, segelintir individu sanggup berbuat apa sahaja termasuklah dengan memuaskan hati dan nafsu sendiri. Itu juga terpaksa dihadapi oleh usahawan, Juliza Julizz yang menanggung derita apabila perutnya membusung kerana dipercayai disantau oleh orang yang dianggap kawan sehingga menyebabkan dia pernah berputus asa dalam bidang perniagaan. Tidak cukup itu, pekerjanya, adik serta anak saudaranya turut menjadi mangsa akibat dendam dan perasaan iri hati.
Perut Busung Juliza yang mempunyai perniagaan butik, restoran dan chalet di sebuah kawasan peranginan memberitahu keadaan kesihatannya mula berubah sekitar 2019 apabila perutnya tiba-tiba membusung seperti wanita sedang hamil. Pada awalnya dia menyangka terdapat ketumbuhan atau masalah berkaitan sistem penghadaman atau peranakan namun usaha berubat di hospital tidak membuahkan hasil. "Bingung juga saya memikirkan keadaan yang berlaku pada diri saya sebab doktor sendiri tidak dapat mengesan apa penyakit saya. Tetapi keadaan saya tetap begitu malah semakin teruk setiap hari sehingga membuatkan saya tak tahan menanggung derita. "Akibat sakit itu juga saya terpaksa hentikan perniagaan saya kerana tak larat bekerja," katanya kepada mStar. Dalang muncul dalam mimpi Atas nasihat beberapa ahli keluarga dan rakan-rakannya, Juliza memberitahu dia berusaha untuk berubat secara perubatan Islam malah sudah menjelajah ke seluruh Malaysia untuk melakukan perbuatan itu. "Dua bulan saya menanggung derita perut membusung seperti orang sedang hamil. Sakit yang terpaksa ditanggung hanya Allah sahaja mengetahui... Tak boleh makan, tidur, memang perit dan siksa! "Ketika mendapatkan rawatan secara perubatan Islam, ustaz berkenaan memberi saya minum tiga biji air kelapa dan seluruh badan menjadi sakit selain saya muntah semahunya. "Badan jadi lemah dan tak bermaya tetapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih selepas itu," ceritanya. Ketika mendapatkan rawatan itu di Semenyih, Juliza memberitahu ustaz berkenaan memberitahu dalam tempoh seminggu dia akan mengetahui dalang di sebalik penderitaannya. Selang beberapa hari kemudian, Juliza memberitahu dia bermimpi tentang seorang individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu dan tidak menyangka ia individu dikenalinya.
|

Kurex replied at 8-7-2021 11:23 AM
Alahaiiiiiiiiii
Asal boleh je belaan jizklongklong ni. Benda2 mcm ni boleh letak dekat bod keusahaw ...

dah la citer bohong. cer cita fakta pasal vaksin. masuk ig . penuh gambar2 . mesti bestdoubleharmonic replied at 8-7-2021 11:34 AM
motip gunakan anak untuk promot produk sampah? motip sampai gi sumbat lengan anak semata nak menayan ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065902 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.