CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takkan Nak Minta Sedekah" - Izam EYE Belum Sampai Tahap Kibar Bendera Putih

8-7-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3438| Komen: 8

Berdepan situasi sukar, bekas penyanyi kumpulan EYE iaitu Izam terpaksa melakukan persembahan secara virtual di media sosial sebagai inisiatif mencari pendapatan.


Kredit foto: IG Izam


Menurut Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 53, dia menggunakan bakatnya sebagai penyanyi untuk menghiburkan orang lain yang kini ‘berkurung’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kita sedar di musim PKP ni dan memang tak boleh buat show, jadi takkan saya nak minta sedekah dan sumbangan?

"Apa yang saya lakukan hari ni iaitu mempertaruhkan nama dan bakat saya untuk buat show secara online, at least boleh menghiburkan orang di rumah.

"Terpulang kepada mereka untuk beri sumbangan, saya tak tetapkan jumlah yang mereka nak bagi, " ujarnya kepada mStar.


Kredit foto: FB


Terdahulu, video nyanyian akustik Izam diiringi petikan gitar anak lelakinya Mohd Ali Haikal mendapat perhatian netizen dan dikongsi lebih 400 kali di media sosial Facebook pada Rabu.



Bagaimanapun, Izam yang sebelum ini diserang angin ahmar itu memberitahu, kesukaran hidup yang dilalui belum sampai ke tahap terpaksa mengibarkan bendera putih.

“Alhamdulillah, setakat ni masih okey lagi... tak sampai nak kibar bendera putih. Syukur apa yang saya buat sekarang ini dapat sokongan dan perhatian orang ramai dan saya kena usaha sikit la.

“Penyakit angin ahmar belum sembuh sepenuhnya, saya masih mendapatkan rawatan. Doktor pesan kena jaga pemakanan supaya tak bertambah teruk" ujarnya.

Izam diserang angin ahmar dan dirawat di Hospital Serdang pada 25 Jun 2020.

Dia mempunyai dua orang isteri iaitu Hayatie Rahmat dan Rosmawati serta dikurniakan tujuh orang anak.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 8-7-2021 02:21 PM
hamboihhh bini sampai dua..malas aku nak carut kang berjela2 moncicit x cukup tanah lari si ijam ni
Quote af_mania 8-7-2021 05:37 PM
Tahun ni kalau astro buat GV mmg dia ni la calon.
Tapi kalau tgk program 50 retis kena banned tu nmpk gayanya GV xda kot tahun ni.
Quote manehnya 8-7-2021 06:56 PM
Hmmm hmmm hmmm
Quote ImpianSeroja 12-7-2021 06:15 AM
Oh 2 isterinya
Quote jahcomel 12-7-2021 10:46 AM
Lbh kurang sohai gak nih
Quote bulalof 12-7-2021 03:41 PM
usaha ya. tunjuk teladan.
Quote umbut 12-7-2021 04:05 PM
Miskin tapi bini 2...ok.. Malas nak carut
Quote me12345 12-7-2021 04:14 PM
Bagus, semoga murah rezeki ye..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.096701 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top