|
Simpati nasib golongan susah, pelakon Azar Azmi terpanggil untuk menyertai misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ke beberapa buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermula Selasa lalu.
Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berharap perkongsiannya merentas beberapa negeri tidak dipersoalkan berikutan misi bantuan khas yang disertainya itu di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan. "Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ini di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan, YAM Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Bukannya saya saja nak bergerak ke sana sini tanpa kebenaran. "Setiap pergerakan kami pun diiringi kenderaan polis. Sebelum ini pun, saya ada join program bantuan untuk mangsa banjir tahun lalu. Untuk misi ini, ada beberapa negeri yang kami akan pergi untuk menghantar bantuan.
"Macam semalam, kami pergi dalam tiga lokasi sekitar Selangor manakala Jumaat ini akan ke Negeri Sembilan dan Insya-Allah kami akan ke Pahang pada Sabtu, "katanya kepada mStar.
|

bluebutter: Wajah dia melayu klasik alaa cam pelakon lama tu Azizah ke apa tk ingat. Muka lawa tapi muka tak moden, tapi lawa asli, cam sarimah madu tiga tu melay ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035100 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.