CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terperangkap Dalam Tong Sampah, Mayat Tertimbus Timbunan Kain Terpakai

8-7-2021 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3681| Komen: 26

TRAGIS.

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila terperangkap di dalam tong sampah ketika mencari pakaian terpakai.


Mayat Alarrah Lawrence ditemui berada dalam timbunan pakaian.

Kejadian itu berlaku di Australia dan dilaporkan pada Selasa lalu.

Pihak polis menjelaskan, rakaman CCTV memaparkan seorang wanita memandu ke pusat membeli-belah Stockland Baldivis di Rockingham sebelum meletakkan kereta berdekatan dengan tong sampah tersebut sekitar 1.40 pagi.

Wanita berusia 33 tahun itu dikhabarkan berdiri di atas sebuah baldi plastik untuk meninjau ke dalam tong yang berisi barangan terpakai sebelum mencari pakaian yang mahu diambilnya.

Namun wanita malang yang mempunyai anak kecil berusia 15 bulan ini dipercayai telah tergelicir kakinya ketika berdiri sehingga bahagian badan atasnya tersangkut ke dalam tong sampah dan kakinya berada dalam keadaan tergantung.


Lawrence ditemui sudah meninggal dunia oleh orang awam pada pukul 5 pagi. Senior Detektif Rockingham, Andrew Elliot mengulas, kematian Lawrence berpunca daripada sesak nafas.


Foto: Mirror

“Melalui sisatan kami setakat ini, kematian yang berlaku ini bukanlah dirancang. Mangsa meninggal dunia dalam keadaan yang tragis.

“Mangsa terperangkap dan tidak dapat mengeluarkan dirinya dari dalam tong sampah. Mujur ada orang awam yang dapat menemui mangsa di tempat kejadian, " ujarnya.

Sementara itu, teman lelaki mangsa tidak dapat menyembunyikan kesedihan dengan meluahkan perasaannya di akaun Facebook miliknya.

“Ini dunia yang kejam, tak sangka awak pergi dahulu. Tak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata.

Foto: Mirror

Penduduk setempat mendakwa sering melihat orang ramai menyerbu kawasan tersebut kerana terdapat pelbagai jenis pakaian terpakai yang diletakkan di tempat itu atas tujuan kebajikan.

Pada bulan April lalu, mayat seorang wanita juga ditemui di dalam tong derma di pusat membeli-belah Stiockland Burleigh Heads di Gold Cost Australia. - CARI

Sumber: mStar Online/ Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 8-7-2021 04:45 PM
Edited by dani-rox at 8-7-2021 04:47 PM

byk jugak kes org mati stuck dlm donation bin, termasuk lelaki yg terkenal sbg superman kat hollywood boulevard
https://www.thewrap.com/hollywood-superman-cause-of-death-christopher-dennis/


contoh donation bin yg boleh menyebabkan ko tersangkut upside down





Quote Suchi 8-7-2021 04:47 PM
Bahaya gak tong tu takda cara supaya orang tak perlu tertonggek2 camtu dahla g selongkar jam 1 pagi gitu org awam pun takde nak tolong.
Quote prettyuglybabe 8-7-2021 04:55 PM
kat sini mana ada tong baju gini?
i nak buang banyak baju..
nak bagi orang pun tak tau nak bagi kat mana..
Quote chandrahusin 8-7-2021 04:59 PM
prettyuglybabe replied at 8-7-2021 04:55 PM
kat sini mana ada tong baju gini?
i nak buang banyak baju..
nak bagi orang pun tak tau nak bagi ka ...

aku pun nak taubaju2 anak2 pempuan aku byk tu
ada 3 kotak dh kemas
Quote monreyes 8-7-2021 05:03 PM
selalu tengok dlm citer korea mereka selongkar mendalah ni..
tapi xde lak sampai tertonggeng2 cari baju...
Quote dani-rox 8-7-2021 05:10 PM
prettyuglybabe replied at 8-7-2021 04:55 PM
kat sini mana ada tong baju gini?
i nak buang banyak baju..
nak bagi orang pun tak tau nak bagi ka ...

Cuba check

https://www.prestigeonline.com/my/style/fashion/klang-valley-donate-recycle-old-clothes/


dulu ai pernah derma baju2 lama kat donation bin di amcorp mall. entah masih ada ke idokk kat situ, era 2000an punya kisah
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 05:26 PM
udah tersangkut... ada yang tersangkut kat gua.. tersangkut kat tempat recycle... RIP
Quote Artemesiaa 8-7-2021 05:29 PM
Kalau Malaysia pun ada je bin macam ni selalunya pendatang asing je suka selongar bin tu.  Kadang habis berterabur dikerjakannya.
Quote ultra78 8-7-2021 05:52 PM
Aktiviti mcm ni org panggil dumpster diving. Biasanya dibuat di tong sampah di kawasan komersial yg byk pejabat,pasaraya dan retail space. Di Malaysia pun ada tapi setakat kutip barang low value,contohnya kotak.Di negara barat barang yg dibuang termasuk barang yg masih elok. Dan orang yg buat aktiviti ni bukan orang susah atau gelandangan sahaja, tetapi normal people yang ada hobi ini atau sukakan thrill jumpa benda berharga. Barang yg elok dijual dalam ebay.
Quote epal21 8-7-2021 06:59 PM
prettyuglybabe replied at 8-7-2021 08:55 AM
kat sini mana ada tong baju gini?
i nak buang banyak baju..
nak bagi orang pun tak tau nak bagi ka ...

Dekat tesco selalunya ada.
Quote epal21 8-7-2021 07:02 PM
Tengok tong tu, patutlah dia boleh lemas. Baca artikel, ingatkan tong terbuka tu.Pintu tong ni memang ketat. Sepatutnya baju2 tu untuk charity organizations yg khas je, yg dah dilabelkan pada tong tu bukannya untuk orang awam pilih2. Sebab konsep dia, dah masuk dalam tong tu, tak boleh nak keluarkan sebab tu pintunya ketat.
Quote lasagnaklcc 8-7-2021 07:20 PM
Kat malaysia pon ada. Selalu je nampak diorg tertonggeng2 masuk ikut lubang tu. Sbb org donate baju2 preloved. Kdg2 handbag, cap, kasut pon ada.
Quote naina 8-7-2021 07:34 PM
Aku tak faham dia tersangkut macam mana. Tong tu kecik je lepastu pintu tingkap tu kecik je nak tonggeng celah mana..
Quote ashk4nn 8-7-2021 07:45 PM
tong2 cmni kt selayang terutama kt area selayang mall banyak. kat tesco ampang ada satu ngn masjid johan setia.. ni yg aku pernah nampak la
Quote SayaSayangMama 8-7-2021 07:53 PM
Kt sini boleh cari tong KLOTHCARE kt shell byk. Tgk kt website
Quote Jitu 8-7-2021 08:00 PM
pukul 1 pagi keluar sorang2 tempat mcm tu mmg berani mati ni
dan mmg dah mati pun
takziah
Quote epal21 8-7-2021 09:28 PM
naina replied at 8-7-2021 11:34 AM
Aku tak faham dia tersangkut macam mana. Tong tu kecik je lepastu pintu tingkap tu kecik je nak tong ...

Simati berdiri atas baldi sambil tu dia jengukkan kepalanya dlm tingkap tu  Then suddenly dia tergelincir drp baldi tu, so kepala dia tertomos ke dalam tu. Tingkap tu kan kecik & ketat, so restricted her head tu yg lama2 lemas tu. Org takde lalu-lalang, kalau ada bolehlah tolong.
Quote naina 8-7-2021 09:36 PM
epal21 replied at 8-7-2021 09:28 PM
Simati berdiri atas baldi sambil tu dia jengukkan kepalanya dlm tingkap tu  Then suddenly dia terg ...

Ohh..terima ya atas pencerahan. Gue udah pahammm. Hak3
Quote lurve82 8-7-2021 09:40 PM
Dkt area sini pun ada…ok la xde la bersepah…tp kesian la mati gitu…dh ajal..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037661 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top