Pelakon Eyra Hazali terpaksa menjalani pembedahan membabitkan tulang belakang, Isnin lalu tanpa kehadiran suami, Muhammad Haziq Nadzli. Ia disebabkan Haziq yang juga penjaga gol JDT kini berada di Bangkok, Thailand untuk saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Eyra, 22, atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata, anaknya Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun dijaga ibu bapa dan adik-beradiknya. "Kebetulan suami berada di Thailand untuk ACL. Ikutkan memang nak tunggu dia balik sini baru saya buat pembedahan. Namun, saya dah tak dapat nak menahan sakit. Itu yang teruskan saja pembedahan tanpa dia. "Sementara saya di hospital dan suami di Thailand, Hayder dijaga oleh adik beradik dan ibu bapa saya. Sebenarnya, ini kali pertama untuk Hayder terpaksa berjauhan dengan saya dan suami. Saya bersyukur kerana ada yang menjaga dan melayan dia," katanya.
Berkongsi mengenai pembedahan yang dibuat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur itu, Eyra berkata, dia kini berada dalam keadaan baik dan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut.
|
nakkomenjugak: baru 22 ke??? muka macam baya2 aku
AKAZ85 replied at 8-7-2021 05:13 PM
Teringat pulak zaman hashtag pahlawan negara ke ape ntah.. Padahal laki dok bangku simpanan jdt je.. ...
febreze: kena jaga kesihatan..nk pakai lama..laki footballer ni kuattt nafsu batin nyaa…klu sakit, susah nak layan, dia makan luarr… huhu byk je nyah2 yg men ...
miszclassique replied at 8-7-2021 06:07 PM
Boleh geng dengan almy ni... Lepas beranak terus dipam pam badannyer, so mmg dah confirm tak berlako ...
ADVERTISEMENT