CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami hanya nak kerja, bukan nak minta bantuan. Sampai bila nak duduk rumah?' - Jehan Miskin

9-7-2021 08:51 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5468| Komen: 23



 
Hampir memasuki 2 bulan kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes dilihat tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara dari segi penurunan kes harian. Ramai dah mula bersuara dan merasa perlu ada kajian semula mengenai SOP untuk memberi peluang kepada rakyat kembali bekerja dan sektor ekonomi dibuka semula.

Pelakon, penerbit dan pengarah, Jehan Miskin, 41, berharap agar kerajaan dapat membenarkan mereka bekerja dan bukan mengharapkan bantuan.

"Kami hanya nak kerja, bukan nak minta bantuan. Saya faham kes dan kematian akibat Covid-19 agak tinggi di negara kita. Tapi takkanlah kami nak duduk rumah menunggu sampai bila? Apa kesudahannya?" katanya.


Memetik Harian Metro, Jehan yang juga Setiausaha Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) meminta Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengkaji semula keputusan larangan industri filem iklan beroperasi dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sehingga sekarang, pelannya lebih kurang sama iaitu 'lockdown' dan duduk rumah.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun mengatakan itu bukan cara penyelesaian yang baik untuk jangka masa panjang kerana ia meningkatkan tahap kemiskinan negara.

"Sedangkan kami penerbit iklan sentiasa ada kerja untuk pelanggan yang berbeza. Syarikat saya sendiri mengalami kerugian apabila beberapa projek ditunda atau dibatalkan serta merta sejak PKP pertama," katanya.

Menurutnya, dilihat SOP sekarang seperti pilih kasih terhadap industri tertentu walaupun banyak kluster.

"Amat ketara ia berat sebelah serta pilih kasih kepada industri tertentu, walaupun industri itu banyak kluster. Ini membuatkan rakyat hilang semangat.

"Rakyat duduk rumah untuk apa? Dia berkorban untuk apa, bila kes makin meningkat naik oleh industri lain?" katanya.

Jehan turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula keadah dan pelan dalam menangani Covid-19.

Cuba kerajaan lihat keberkesanan negara jiran seperti Korea Selatan yang berjaya melandaikan pandemik Covid-19 menggunakan keadah Track and Trace dan juga Singapura yang sudah membentangkan pelan 'To Live with Covid-19'," katanya.



Terdahulu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Manjalara itu menimang cahaya mata sulung, Axel Nova Rhee pada Febuari lalu setelah penantian selama 7 tahun sejak mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee pada Mei 2013.  - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohabbatein 9-7-2021 09:03 AM

lama menyepi rupanya dah jadi pengarah.patutla..ingat dah bersara dari dunia seni

wife dia korean kan..saing2 maryam la ni
Quote krustykrab 9-7-2021 09:05 AM
Betul la tu..org nk keje bukan nk harapkn bantuan..opss lagipun gomen hanya fokus bantuan utk b40...jdnya m40 n t20 yg terkesan kna duduk gigit jari ke haper...

#kosukakanmissbudupkpsetahunpun
Quote laksmanabentan 9-7-2021 09:13 AM
mohabbatein replied at 9-7-2021 09:03 AM
lama menyepi rupanya dah jadi pengarah.patutla..ingat dah bersara dari dunia seni

wife dia kore ...

bezanya dia & wife dia tak lapar atau kemaruk perhatian nitizen...
oppssss....
Quote Mopiko 9-7-2021 09:14 AM

sokong, ramai kena bersuara. apa guna jaga sop..ambil vaksin tapi kena berkurung juga. atleast bagi lah yang dah vaksin kerja walaupun tak dapat rentas negeri macam konon2 cakap dulu tu

nak tunggu sampai bila dah 2 bulan rupanya tapi kes tak turun2
Quote AshkieLa 9-7-2021 09:30 AM
betul sangat..
especially bab industri pilih kasih tu...
lemau pada yang patuh..
Quote puanbintang 9-7-2021 09:36 AM
betullah tu..ramai dah terkesan sangat..mental emosi pun merana sama
Quote mamajawie 9-7-2021 09:36 AM
laksmanabentan replied at 9-7-2021 09:13 AM
bezanya dia & wife dia tak lapar atau kemaruk perhatian nitizen...
oppssss....

memang pun..cam da si katek SSKJP sorang je penah berwifekan cikki korea..TOLONGGGLAHHH

Quote nakkomenjugak 9-7-2021 09:46 AM
sop laa kau sampai kiamat. benda tak turun2 jugak. at this point, bukak jela sektor, bagi orang keje. sape kiok, kita tanam jela.
Quote laksmanabentan 9-7-2021 10:02 AM
mamajawie replied at 9-7-2021 09:36 AM
memang pun..cam da si katek SSKJP sorang je penah berwifekan cikki korea..TOLONGGGLAHHH

ada sorang tu siap jadi Duta pun kannn...
lagi cool aja.... orang kelantan la jugak tp jauh bertiang la dari katek nih..
hahahahaha....
Quote CatMiow 9-7-2021 10:04 AM
Kes yg tinggi sekarang kat ibu negara, harus la rasa terkesan. Bnyak aktiviti eknomi dalam pelbagai bidang kat sana.
Quote otai_g 9-7-2021 10:08 AM
Masalahnya semua org pun nak keje jgk. Industri hotel, industri rumah urut, industri perjudian. Semua org mau cr makan ma..
Quote abadi84 9-7-2021 10:12 AM
Tak minta bantuan, cuma nak kerja. Paham.
Kalau terjangkit, minta bantuan tak agak2??
Ker sedut oksigen dr pokok jer??
Quote Minami2013 9-7-2021 10:18 AM
Keadaan covid ni T20 boleh jadi M40 dan terus bertukar B40. Kisah benar ye.

Kerajaan yg selfish jaga periuk nasi owner2 kilang je. Sampaikan utk tutup 2 weeks pun tak boleh. Mco berpanjangan berbulan menyebabkan bisnes2 lain yg lingkup.
Quote Skuau 9-7-2021 10:35 AM
negeri lain dh mula ke fasa ke 2.....Lembah Klang gak..'msh duk dlm gua'....
Quote Lydiawie 9-7-2021 10:44 AM
laksmanabentan replied at 9-7-2021 09:13 AM
bezanya dia & wife dia tak lapar atau kemaruk perhatian nitizen...
oppssss....

Dorang ni educated..
Quote Noraniza_Iblis 9-7-2021 10:55 AM
ni laa yg kerajaan jd serba salah..
bile buat total lockdown..setengah org komplen...ckp sekat cari rezeki..
di bagi sector terpilih beroperasi..
di katenye PKP separuh masak..
nk senang kn hati 32 jutaa umat kt Malaysia ni..
bkn senang.. sokong je laa ape yg termampu usaha kerajaan ni..
Quote KBW2 9-7-2021 11:00 AM
Noraniza_Iblis replied at 9-7-2021 10:55 AM
ni laa yg kerajaan jd serba salah..
bile buat total lockdown..setengah org komplen...ckp sekat cari ...

Kerjaan Iblis untuk Iblis juaaa
Quote rastaf 9-7-2021 11:04 AM
Muka mamat ni iras jue aziz
Quote jiwarasa 9-7-2021 11:06 AM
Tu dia 7 tahun tunggu.. Harap jadi inspirasi buat ibu2 yg belum ada rezeki.. Janji sabar dan usaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.088547 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top