CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajah Cengkung Nia Ramadhani Tular, Dah 5 Bulan Ambil Syabu Rupanya

9-7-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8300| Komen: 38

Aktres terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie didakwa mula mengambil syabu sejak lima bulan lalu.

Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.


Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap.


Kredit foto: IG Nia
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

“Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu,” katanya kepada Suara.com.



Kredit foto: LiNE Today

Sementara itu, tular beberapa tangkap layar foto Nia berbaju merah jambu dalam keadaan cengkung, kurus dan pucat.

Orang ramai terutama peminat rata-ratanya terkejut dengan penampilan terkininya itu kerana Nia sememangnya terkenal dengan kejelitaannya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 8-7-2021 11:57 PM
Kalau pakai susuk, awat tetiba x cantik pulak..takkn susuk tu tercabut sendiri
Quote kuzaime 9-7-2021 12:07 AM
Laki aku cakap kawannya ada sorang, ambik batu. Dia cakap jgn sesekali try, jadik ketagih. Aku rasa iyalah kot, dok lah kluar masuk pusat, tetap lah jugak ambik balik batu tu. Ni menjak covid ni langsung x dengar cerita dah. Last dulu dengarnya pindah ke melaka. X berani dah duduk kl, pengaruh kuat.
Quote aint 9-7-2021 12:16 AM
looks so kepam... side effect ice...
Quote ina_na 9-7-2021 12:30 AM
Aku pelik dah lama..knp suami dia x nk bl rumah..knp nk menyewa ...mcm nk cpt lari je bl de pe2 mslh..maaflah aku x tau sgt gosip retis ni
Quote ina_na 9-7-2021 12:32 AM
kuzaime replied at 9-7-2021 12:07 AM
Laki aku cakap kawannya ada sorang, ambik batu. Dia cakap jgn sesekali try, jadik ketagih. Aku rasa  ...

Boleh je stop tp kn kuat..ramai yg x tahan bl x ambik je lembik..ice ni lps ambik je hyper.. morfin lak bl dia makin nk habis dr bdn sakit gila bdn kita..kuat x kuat kita la nk stop .kalo setakat sekali dua boleh lg stop..kalo dah lama..makin dia org x tahan sakit kot bl makin abis tempoh hayat dadah tu dlm bdn
Quote Normabaru 9-7-2021 09:09 AM
aint: looks so kepam... side effect ice...

Tp elok plak gemok si anjuling tu ek.. Mcm badak kaka tgk. Hehe
Quote Tinot7 9-7-2021 09:20 AM
kuzaime replied at 9-7-2021 12:07 AM
Laki aku cakap kawannya ada sorang, ambik batu. Dia cakap jgn sesekali try, jadik ketagih. Aku rasa  ...

Nih betui.. masa iols skolah jaman dolu2, ada pesan drp penagih dadah ke ustaz yg bg ceramah ke sapa.. mmg deme pesan, jgn amik dadah walopon sekali sbb lepas try sekali, pasti nak lagi dan lagi.. citer yg deme habaq tuh, sorang arkitek nih tgh stress keje, lepas amik dadah rasa syok sbb badan rasa segar bugar, idea sumer mencurah2. Bila stop, rasa tuh hilang, efek nak jadi kreatif tuh hilang.. so end up amik hari2 sampai ketagih..

Jgn caya bila org kata voley stop jahh dadah nih.. alangkan org merokok pun susah nak stop, apatah lagi amik dadah. Kalau dadah nih senang nak stop, pusat serenti takde bisnes.. kalau berdasarkan kemampuan kuat utk stop, jgn cuba la sbb kalau dah try kali pertama, jelas menunjukkan diri tuh takde semangat kuat nak tolak benda alah tuh in the first place.
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 09:41 AM
patut la tempe pun tak kenal, tekan coway pun tak tau, buah tembikai pun tak tau apa pun tak tau. faham dah. kebongkaran dibalik kebodohan terserlah jua
Quote kuzaime 9-7-2021 09:49 AM
ina_na replied at 9-7-2021 12:32 AM
Boleh je stop tp kn kuat..ramai yg x tahan bl x ambik je lembik..ice ni lps ambik je hyper.. morfi ...

Mental kena betul2 kuat kalau nak stop. Ada jugak nama penyanyi tersohor yg laki aku petik dia cakap yg tu memang dah sebati dh ngan dadah. Kalau tiba2 stop / terputus stock maunya boleh mati agaknya
Quote kuzaime 9-7-2021 09:54 AM
Tinot7 replied at 9-7-2021 09:20 AM
Nih betui.. masa iols skolah jaman dolu2, ada pesan drp penagih dadah ke ustaz yg bg ceramah ke sa ...

Itulah, kadang semua mula dr rasa saja2 nak cuba. Dah mula sekali nak kali ke 2 & seterusnya. Nak stop bukan senang.
Quote Tinot7 9-7-2021 09:55 AM
kuzaime replied at 9-7-2021 09:54 AM
Itulah, kadang semua mula dr rasa saja2 nak cuba. Dah mula sekali nak kali ke 2 & seterusnya. Nak  ...

Sbb tuh mat dadih akan suruh jgn cuba. Paling selamat, jgn cuba.
Quote kuzaime 9-7-2021 10:01 AM
Tinot7 replied at 9-7-2021 09:55 AM
Sbb tuh mat dadih akan suruh jgn cuba. Paling selamat, jgn cuba.

Yg ni memang betul. Nak menepis tu kepala sendiri kena waras. Taulah nak pikir mana elok mana x. Paling selamat jgn bercampur sgt dgn orang2 yg mendadih ni.
Quote doubleA 9-7-2021 10:08 AM
Motif dah kaya raya, ada anak ambik syabu lakibini dgn drebar sekali?
Quote tipahketipung 9-7-2021 10:17 AM
doubleA replied at 9-7-2021 02:08 AM
Motif dah kaya raya, ada anak ambik syabu lakibini dgn drebar sekali?

Dah hooked la tu.
Muka pun kering cam bini Popeye.
Quote Orangelily 9-7-2021 10:18 AM
doubleA replied at 9-7-2021 02:08 AM
Motif dah kaya raya, ada anak ambik syabu lakibini dgn drebar sekali?

Bila amalan Islam dah tolak ke tepi gitula sudahnye.. jiwa kacauuu
Quote msel 9-7-2021 10:22 AM
Kaya raya pun mendadih jugak. Buatla benda lain yang bagi manfaat dan tak rosakkan diri. Kesian anak2 tu. Duit bertimbun macam2 boleh buat, dadah jugak yang dipilih.
Quote Tinot7 9-7-2021 10:53 AM
kuzaime replied at 9-7-2021 10:01 AM
Yg ni memang betul. Nak menepis tu kepala sendiri kena waras. Taulah nak pikir mana elok mana x. P ...

Betul betul.. kalau campur geng dadih nih susah la..
Quote mamajawie 9-7-2021 12:42 PM
terserlah muka asli mbak2 si nia ni..kesian kaya tapi kaki ice..
Quote krimkraker 9-7-2021 01:13 PM
Kesian kat anak makpak kaki mendadih...tapi pak dorang anak orka kan. Takkan habis harta dimakan 7 keturunan. Tapi, kalu da kaki mendadih..xtopup harta n aset...lama2 harta tu habis lebur jugak kan...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039246 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top