Gara-gara takut jarum suntikan, seorang lelaki dengan rela hati membiarkan dirinya diikat pada sebatang pokok pisang hanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Lapor Suara.com, video yang memaparkan aksi lucu lelaki itu ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 menjadi tular di laman media sosial.
Malah, video tersebut turut dikongsi oleh seorang ulama di Indonesia, Gus Miftah di laman Instagramnya. Video itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya di belakang dan terikat pada pokok pisang. Lelaki itu mula berasa amat takut ketika petugas kesihatan menghampiri dengan membawa picagari mengandungi cecair vaksin untuk menyuntik lengannya. Lelaki itu kemudian secara spontan menjerit apabila jarum disuntik pada lengannya.
|
otai_g replied at 9-7-2021 10:11 AM
Kurusnya bdn dia..
otai_g replied at 9-7-2021 10:11 AM
Kurusnya bdn dia..
anakkerengga replied at 9-7-2021 08:42 PM
Cucuk caksin sikit pun tak sakit. Aku bukan nak ckp besar… tp sakit lagi kena gigit dgn kerengga
Skuau replied at 9-7-2021 10:27 AM
badanku kurus bukannya..kurang makan...sedih hatiku karena...si jantung hati...
Skuau replied at 9-7-2021 09:34 PM
aku...sb buat medical check up 6 bln sekali...memang aku perati jer jarum tu dicucuk kat lengan mas ...
ADVERTISEMENT