Bandung: Seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana dalam kalangan rakan-rakannya, hanya dia yang belum mendirikan rumah tangga. Wanita yang yang mesra dipanggil Yaya itu meluahkan perasaan mengenai perkara itu menerusi akaun TikToknya.
Katanya, sama seperti wanita lain, dia juga berhasrat untuk berkahwin, namun belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. “Saya tidak pernah menetapkan sasaran bila mahu berkahwin, namun hasrat itu tetap ada. “Antara rakan-rakan semua, hanya saya belum berkahwin, namun saya percaya jodoh dan ajal itu ditentukan Tuhan,” katanya. Selain itu, Yaya turut memberitahu rakan-rakannya sering mendoakan kebahagiannya dan cepatbertemu jodoh. Jelas Yaya, rakan-rakannya sering mengusik, bakal suaminya pasti seorang yang tampan dan baik hati, sebab itu jodohnya sedikit lambat. “Saya tidak sangka luahan hati ini mendapat respons yang banyak dari pengguna TikTok dan saya ingin berterima kasih kepada mereka yang mendoakan perkara baik untuk saya.
“Mungkin ada wanita di luar sana yang juga senasib dengan saya iaitu belum bertemu jodoh,” ujarnya. Yaya juga memaklumkan video luahan hatinya turut tular di Malaysia. “Ketika ini, orang Malaysia juga sudah tahu yang saya belum jumpa jodoh dan lambat berkahwin,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
msdummy.2018 replied at 9-7-2021 03:23 PM
Aku sbg rakyat malayaua xhingin tau dan xtau pun konlmbtbkawin...rmi jer org msia lmbtbkawin..bukan ...
doubleharmonic replied at 16-7-2021 10:18 AM
sapo orang malaysia yang dah tahu ko lambat kahwin? ipanonline tu ke?
ADVERTISEMENT