|
Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila mencatatkan 9,180 kes berbanding 8,868 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 817,838 kes kes direkodkan setakat ini.
"Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271 kes); Negeri Sembilan (899 kes); Kedah (417 kes); Sarawak (406 kes); Sabah (323 kes); Johor (315 kes); Perak (241 kes); Melaka (222 kes); Pahang (214 kes); Kelantan (151 kes) dan Pulau Pinang (142 kes). "Selain itu, Terengganu mencatatkan 82 kes, diikuti Labuan (80 kes); Putrajaya (16 kes) dan Perlis satu kes," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|












lurve82 replied at 9-7-2021 03:54 PM
Cuba bgtau mana byk2 ni dtg? N9 tu kek mano yg dapek byk bona?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.389001 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.