|
Pelakon, Mawar Rashid yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa memuat naik hantaran sempena ulang tahun kelahiran bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad semalam.
Dalam hantarannya di Instagram, Mawar berkongsi luahan hati dan doa untuk bertemu bapa kandung serta bapa mentuanya di syurga. "Dari dulu, selalu saya berangan nak dapat kasih sayang seorang ayah daripada bapa mentua. Tapi, Allah SWT tak izinkan. Saya kenal abang (suami) ketika arwah bapa mentua sudah tak ada. "Saya dari kecil dah tak ada ayah. Mummy sayalah ayah, mummylah ibu. Sebab itu mummy saya garang. Teringin juga nak rasa macam mana dapat kasih sayang daripada seorang ayah.
"Tapi, sekarang saya berdoa dan berusaha agar saya dapat masuk syurga sebab saya nak jumpa arwah papa dan arwah bapa mentua," tulisnya.
|
Marylis: pi ler cari ayah angkat...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.228372 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.