Di dalam kesusahan segelintir rakyat Malaysia yang terpaksa mengibarkan bendera putih, ada badan bukan kerajaan (NGO) atau orang persendirian yang akan datang membantu. Bagaimanapun, ada juga insan yang tidak sedar diuntung meminta lebih dari yang sepatutnya. Sehinggakan mencemuh pula tukang memberi bantuan apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Hal ini lah yang dikongsikan oleh Ngo yang kemudiannya trending di media sosial. Menceritakan ada keluarga yang pernah dibantu, telah menghubunginya sekali lagi untuk mendapatkan bantuan berupa keperluan asas. Memandangkan NGO tersebut mempunyai keluarga lain yang juga perlu dibantu, dia menawarkan pekerjaan dikebun dan akan dibayar RM100 bagi sehari. Namun, ianya telah ditolak oleh wanita tersebut dengan alasan anaknya tidak biasa membuat kerja di kebun. Justeru, dia telah bertanya keperluan yang diperlukan keluarga tersebut. Alangkah terkejutnya apabila keperluan asas yang diperlukan oleh mereka begitu banyak. Jadi, dia telah mencadangkan supaya wanita tersebut berusaha berniaga online, namun dibalas pula supaya jangan menyindir. |
dua_chzy replied at 10-7-2021 03:04 PM
Hehe.
Akak punya sekolah, keluarga pelajar majoriti B40.
sayawifenikmie replied at 10-7-2021 03:38 PM
Sis .... akak and kawan2 ada nak sedekah MILO + SUSU PEKAT .... kalau dapat 20 keluarga kat ...
salmon-suki replied at 10-7-2021 03:36 PM
Senang citer,stop bg bantuan xde tentu hala mcm ni..pstu NGO or sapa2 y bg bantuan tu,stop laa uploa ...
imransulaiman replied at 10-7-2021 03:36 PM
Cuba try test bagi family tu RM100. Suruh dia belanja sendiri beli barang dapur. Baru dia tau erti b ...
ADVERTISEMENT