CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kantoi Tipu MC Tengok Euro 2020

10-7-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2166| Komen: 8

Helah seorang wanita yang memberitahu majikannya dia tidak sihat, namun sebenarnya pergi menonton perlawanan Euro 2020 menyebabkan dia dibuang kerja, lapor laman berita Daily Mail.

Nina Farooqi, 37, tidak hadir bekerja selepas rakannya memenangi tiket perlawanan England menentang Denmark.


Memandangkan dia tahu tidak akan diberikan cuti untuk menonton perlawanan itu, Frooqi kemudian berkata, dia kurang sihat lalu menaiki kereta api dari Leeds ke London Kings Cross sebelum menuju ke Wembley.


Farooqi (kiri) sanggup ponteng kerja selepas seorang rakan mempelawanya untuk menonton perlawanan England menentang Denmark. - Daily Mail

Namun, wajah wanita itu muncul di kaca televisyen ketika dia dan rakannya bersorak meraikan jaringan gol oleh England dan turut muncul dalam paparan Instagram story seorang pengacara televisyen, Stacey Dooley.

Farooqi kemudian berkata, insiden itu menyebabkan dia dipecat daripada jawatannya sebagai Penyelaras Kandungan Digital di firma Composite Prime. 


“Mereka (pihak majikan) memaklumkan mereka nampak saya menonton perlawanan dan saya berkata jujur. Namun, mereka tidak bersimpati langsung dan tindakan itu adalah akibat kepada tindakan saya menipu,” kata Farooqi kepada akhbar The Daily Telegraph.

Farooqi pada mulanya beranggapan bahawa tidak mungkin wajahnya akan dapat dilihat antara lebih 60,000 penonton.

Tetapi ketika dia memeriksa telefon bimbitnya pada separuh masa, Farooqi menyedari wajahnya sudah berada dalam  saluran berita di seluruh dunia.

“Emosi saya bercampur-baur. Kami (England) sudah hampir ke pusingan akhir dan saya masih teruja namun saya juga kehilangan pekerjaan saya,” katanya.

Memberitahu tentang keputusannya untuk ‘ponteng’ kerja, Farooqi bagaimanapun berkata dia tidak mungkin menolak pelawaan rakannya untuk menonton perlawanan tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-7-2021 05:34 PM
Patutnya cuba jahh minta cuti..
Mana tau dapat?
Quote cecari 10-7-2021 05:43 PM
pada muka mung....  baguslah kompeni pecat orang tak jujur gitu
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:32 PM
buat kerja tak clean. padan muka. tak jujur
Quote Fortiori02 10-7-2021 09:38 PM
X pasal2 ilang kerja zaman covid ni
Quote sekngucing 11-7-2021 12:22 AM
kenapa arab pegi sokong pasukan bersalib bendera ni
Quote Xim 11-7-2021 12:27 AM
sekngucing replied at 11-7-2021 12:22 AM
kenapa arab pegi sokong pasukan bersalib bendera ni

Arab semua muslim ke?
Quote nesloice 11-7-2021 12:29 AM
bos pun sama tak buat keje
Quote lazim 11-7-2021 12:43 AM
Ee xsporting nye korang ni.  Aku lbh suka kpd betapa kebetulannya muka dia blh terpampang gitu sdgkn ada 60k penonton,  klu kita pon sangka bos blh detect.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.033421 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top