CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nia Ramadhani Dikawal Guna Senjata Api Lindungi Keselamatan Anggota

10-7-2021 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15642| Komen: 141

Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat menegaskan penggunaan senjata api ketika melakukan kawalan terhadap pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie merupakan sebahagian daripada prosedur melindungi anggota keselamatan dan tertuduh.


CNN Indonesia melaporkan, sebelum itu, peguam kepada Nia dan Ardi, Nur Zainab menilai penggunaan senjata api itu sebagai berlebih-lebihan.



“Kawalan tertuduh dengan penggunaan senjata api itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) dari kami, selain melindungi anggota keselamatan dan tertuduh,” tegas Ketua Unit Siasatan Narkotik, Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat, Komisioner Indrawienny Panjiyoga.

Menurut beliau, tiada masalah jika Nia dan suaminya melayangkan protes terhadap penggunaan senjata api tersebut.

Nur Zainab sebelum ini mendakwa penggunaan senjata api ketika mengawal anak guamnya sebagai ketertaluan.

“Tak perlulah guna senjata api," tegasnya.


Aktres terkenal Indonesia itu dan suaminya didakwa mula mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu.



Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan Rabu lalu di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 10-7-2021 05:31 PM
nia ramadhani je pun. memang keterlaluan. ko baling je buah salak kat dia kompem dia menjerit
Quote Tinot7 10-7-2021 05:32 PM
Takut fanatiks dan anti-fans mai ramai2 kot?
Quote Belibis 10-7-2021 05:33 PM
Wow...retis indon pun macam sini jugak..perasan kayangan ehh??
Quote Normabaru 10-7-2021 05:36 PM

Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjara

Klu msia.. Retis mendadih klu lawa kaya mcm nia..kjp je dh hilang dr berita

alangkn parit dato sengkek tu pon title xlucut even dh sah2 dadih dgn tumbuk polis
Quote MissVixen 10-7-2021 05:42 PM
Benji tu dekat malaysia terlepas. Nasib la kena di indon. Kita punya ahli politik pun aman2 je walaupun ada kes rasuah besar. Indon caprut pun lagi berani tangkap individu yang berprofil tinggi.
Quote dua_chzy 10-7-2021 05:42 PM
Normabaru: Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjaraKlu msia.. Retis mendadih klu lawa kaya mcm nia..kj ...


Retis tersebar bidyo porn pun kena penjara.
Quote dua_chzy 10-7-2021 05:43 PM
MissVixen: Benji tu dekat malaysia terlepas. Nasib la kena di indon. Kita punya ahli politik pun aman2 je walaupun ada kes rasuah besar. Indon caprut pun lagi be ...


Suara rakyat meka pun jauh lagi kuat. Lain la lot negara yang memang bermandi darah untuk merdeka banding negara yang runding manja2 ikut pintu belakang untuk merdeka.
Quote Fly_over 10-7-2021 05:46 PM
Normabaru replied at 10-7-2021 05:36 PM
Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjar ...

retis privilege sgt kt malaysia ni. dr dulu kala nfa jela kes retis.
Quote Normabaru 10-7-2021 05:56 PM
dua_chzy replied at 10-7-2021 05:42 PM
Retis tersebar bidyo porn pun kena penjara.

Itula.. Yg msia bertebaran bideo atas sofa pon aman2 je jual kete jadi vip..yg tangkap pic bugel pon rilek je senyum hidup aman as retis jutawan yang terkangkang tunjuk ketek bulu rambutan sume pon elok je jual pulut kuning..ramai beli plak tu

Hahaha
Quote Normabaru 10-7-2021 05:58 PM
Fly_over replied at 10-7-2021 05:46 PM
retis privilege sgt kt malaysia ni. dr dulu kala nfa jela kes retis.

Bukan retis je.. As long ada duit ada contact.. Yg dh songlap bilion2 pon masih blh jd yb masuk parliament..

#oursystemistoobroken
Quote sehirkedi 10-7-2021 06:01 PM
Adelah tu rahsia yg mereka pegang, mungkin dapat bekalan dari kartel yg besar ke apa. Sebab tu kena kawal sampai macamtu. Atau intel dah ada info, sesuatu yg boleh mengancam nyawa mereka atau pihak polis.
Quote Skuau 10-7-2021 06:07 PM
Normabaru replied at 10-7-2021 05:36 PM
Salute indon.. Rasuah2 pon masih ada pguatkuasaan..masih ada undang2.. retis zina masih kne penjar ...


yg peliknya...indon ramai yg nak 'hijrah' ke Msia walau 'buruk'...rakyat Msia pulok....bila nak 'hijrah' ke Indon...bila kata 'baik la sangat Indon tu'.
Quote Normabaru 10-7-2021 06:11 PM
Skuau replied at 10-7-2021 06:07 PM
yg peliknya...indon ramai yg nak 'hijrah' ke Msia walau 'buruk'...rakyat Msia pulok....bila nak  ...

Bila masa kaka kata indon tu baik???..

Rakyat dia dtg sini sbb nk cpt kaya.. Tp jati diri dorg masih dgn negara dia.. Indon xde lupa daratan mcm msian p oversea terus pelat ckp melayu

Kaka kata system enforcement dia masih bfungsi..xmcm system negara kita. Sume swept under the carpet.. Taula bodoh tu unlimited tp xpyh tunjuk sgt

Ko spm habis ke x?
Quote Skuau 10-7-2021 06:33 PM
Normabaru replied at 10-7-2021 06:11 PM
Bila masa kaka kata indon tu baik???..

Rakyat dia dtg sini sbb nk cpt kaya.. Tp jati diri dorg ...


'Sekadar Menguji'....
Quote ambipur 10-7-2021 06:36 PM
Fly_over replied at 10-7-2021 05:46 PM
retis privilege sgt kt malaysia ni. dr dulu kala nfa jela kes retis.

So didikla ank jd retis.jd cntik.xyh blaja pndai2 tinggi2.
Quote tipahketipung 10-7-2021 06:36 PM
Akak ghaser kena sombat gak.
Indon kalu narkoba very strict.
Dulu yg berduet sama kaka Faz korang anak penyanyi dangdut lejen tu pon kena gak.
Quote Normabaru 10-7-2021 07:23 PM
Skuau replied at 10-7-2021 06:33 PM
'Sekadar Menguji'....

Haha. Cliché
Quote helicornia 10-7-2021 07:31 PM
ellejo: nia ramadhani je pun. memang keterlaluan. ko baling je buah salak kat dia kompem dia menjerit

haha kenal ke buah salak.nak kopek pun tk reti
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:32 PM
Hahahaha wow curlastttt

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top