Penyanyi Datuk Seri Rossa, 42, tidak pasti sama ada dia trauma untuk berumah tangga semula disebabkan kegagalan perkahwinan terdahulu. Penyanyi yang popular dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti itu mengakui timbul kebimbangan dalam diri apabila memikirkan mengenai perkahwinan selepas bergelar ibu tunggal selama 12 tahun.
"Saya tak tahu sama ada saya trauma. Saya juga banyak berfikir, takut ini, takut itu," katanya. Rossa mengakui dia selesa dan seronok menikmati kehidupan solonya sekarang. Jadi, dia belum terdetik langsung untuk kembali bersuami. "Mungkin suatu hari nanti akan bernikah lagi. Kalau sekarang tidak, belum terfikir pun," katanya. Dia bagaimanapun tidak menolak untuk berkahwin semula jika ditemukan jodoh tepat suatu hari nanti. "Kalau sudah ada jodoh, ya saya akan yakin sajalah. Tidak kisahlah bila pun, semoga Allah memberikan saya jodoh yang terbaik," katanya.
Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau Yoyo pada 2004. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Rizky Langit Ramadhan. Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk bercerai pada 14 Julai 2009 selepas lima tahun bersama. Sumber: Harian Metro
|
tokchik replied at 11-7-2021 03:08 PM
Bukan ke tgh merapat dgn si Afghanistan.
Ari Tu Aku tgk diyoutube
ADVERTISEMENT