CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Secawan Kopi Sehari Kurangkan Risiko Dijangkiti Covid-19

11-7-2021 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14376| Komen: 164

Satu kajian mendapati individu yang minum secawan kopi pada setiap hari mampu mengurangkan risiko dijangkiti virus Covid-19 sebanyak satu persepuluh, lapor portal berita MailOnline.

Berdasarkan data terkumpul seramai 40,000 penduduk dewasa Britain, saintis-saintis berpendapat minuman tersebut mampu melindungi diri daripada virus korona.



Gambar hiasan

Mereka percaya ia mengandungi bahan kimia yang dapat meningkatkan kesihatan serta boleh menguatkan sistem imunisasi.

Kajian tersebut turut mendapati hidangan sayur-sayuran juga mempunyai kesan yang serupa.

Bagaimanapun, teh dan buah-buahan didapati kurang berkesan untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Manakala, daging yang telah diproses seperti sosej meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami sakit yang teruk. 


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 11-7-2021 04:10 PM
Kalau minum lebih ok tak?

Saya minum lebih daripada satu cawan sehari. Harap tak opposite lah effect dia.
Quote tumpanglalu74 11-7-2021 04:12 PM
Melompat kegirangan la Starbux.
Quote MeghanK 11-7-2021 04:16 PM
Kajian tersebut turut mendapati hidangan sayur-sayuran juga mempunyai kesan yang serupa.


setuju bab ni..makan la lebih banyak sayur dan buah2an..jangan duk telan vit c sampai cirit..cari penyakit nama nya tu untuk panduan, sepotong jambu batu memenuhi keperluan vit c untuk sehari..kenapa perlu berbelanja mahal untuk beli vit c sedangkan kita ada pilihan yang lebih murah
Quote MeghanK 11-7-2021 04:17 PM
mclaren replied at 11-7-2021 04:10 PM
Kalau minum lebih ok tak?

Saya minum lebih daripada satu cawan sehari. Harap tak opposite lah eff ...

jadi mutant

ok joke
Quote Tinot7 11-7-2021 04:21 PM
Iols tak minum kopi.. camne?
Quote LostStar 11-7-2021 04:24 PM
Nsb baik kata secawan.. kalau 3 cawan sehari.. cirit la daku.. k nak p beli kupi ikat tepi sat la kt sg besi nun.. tq tt...
Quote Artemesiaa 11-7-2021 04:26 PM
Benar ke sebab ada satu lagi lapuran mengatakan sebaliknya sebab ada kandungan caffein didalamnya.  Disyorkan minum tea herba sebab ada nilai detox yang baik.
Quote naina 11-7-2021 04:33 PM
Artemesiaa replied at 11-7-2021 04:26 PM
Benar ke sebab ada satu lagi lapuran mengatakan sebaliknya sebab ada kandungan caffein didalamnya.   ...

Teh Lipton Cameron highland ok tak?
Quote TomyamPuteh 11-7-2021 04:37 PM
Minum kopi dgn tempe.
Quote Artemesiaa 11-7-2021 04:40 PM
naina replied at 11-7-2021 04:33 PM
Teh Lipton Cameron highland ok tak?

Ok je tapi kalau nak lagi umphh dan baik untuk detox elok tambah sedikit cengkih dan bunga lawang dalam tea O.  Kalau yang Earl Grey ada limau purut didalamnya.  Green teanya pun ok.
Quote naina 11-7-2021 04:52 PM
Artemesiaa replied at 11-7-2021 04:40 PM
Ok je tapi kalau nak lagi umphh dan baik untuk detox elok tambah sedikit cengkih dan bunga lawang  ...

Ohh gitu eh..semalam minum air gas McD..rasa nak detox laaa. Nyesal. Pregnant skng
Quote salmon-suki 11-7-2021 04:53 PM
Aiyoooo..japgi abes stok kopi haaa{:smile
Quote mclaren 11-7-2021 04:53 PM
MeghanK replied at 11-7-2021 04:17 PM
jadi mutant

ok joke

Jangan jadi covid mutant sudah ha ha ha
Quote salmon-suki 11-7-2021 04:54 PM
mclaren replied at 11-7-2021 04:10 PM
Kalau minum lebih ok tak?

Saya minum lebih daripada satu cawan sehari. Harap tak opposite lah eff ...

Wahhh .sep sket..coffee lover.. hihihi
Quote ekselen 11-7-2021 04:56 PM
mclaren replied at 11-7-2021 04:10 PM
Kalau minum lebih ok tak?

Saya minum lebih daripada satu cawan sehari. Harap tak opposite lah eff ...

I pun suka minum kopi...kdg2 2,3 cawan sehari... Xde kopi mcm xrasa hangat... Tp minum kopi O ja..buat sendirik...
Quote sukacactus 11-7-2021 04:57 PM
Ooo ye ke tu
Mmg hari2 minum secawan tp ada hari nak 3/4 shot, ada hari nak 2 shots of espresso ikut mood
Quote mclaren 11-7-2021 05:01 PM
Sep sep @salmon-suki  @ekselen

Saya suka sangat kopi. Tiap hari mesti minum lebih daripada satu mug.

Dulu2 masa rajin beli yang ground tu / beli biji and suruh dia gound. Lepas tu drip. Or press.

Sekarang tengah musim malas. Instant je hi hi. Masuk susu. Hirup panas2.
Quote salmon-suki 11-7-2021 05:04 PM
mclaren replied at 11-7-2021 05:01 PM
Sep sep @salmon-suki  @ekselen

Saya suka sangat kopi. Tiap hari mesti minum lebih daripada satu m ...

Haha .saya instant jah .xde nak rajin bt sendiri . kekeke~

Selalu satu setengah cawan..1cawan tengahari,setengah cawan malam..hehe.

Tp skrg kurangkn setengah cawan tu sbb rasa gastrik plak bdn .hahahaha..nti dah elok semula,balik 1setengah lg laa
Quote kalchi 11-7-2021 05:09 PM
Tp kopi ni menyebabkan palpitations dan mslh perut kpd sesetengah org. Dan tentunya gigi jd kuning

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067654 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top