|
Sekumpulan guru di Rajasthan, India sanggup berkorban demi memastikan para pelajar di luar bandar tidak ketinggalan dalam pelajaran di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Memahami sebilangan besar pelajar kurang berkemampuan dan tidak mempunyai akses internet untuk belajar secara atas talian (online), guru-guru ini mengambil inisiatif 'turun padang' untuk menyampaikan ilmu. Kumpulan guru ini sanggup meredah gurun dengan menaiki unta semata-mata untuk pergi ke perkampungan yang terletak di luar bandar. Pengarah Jabatan Pendidikan Rajasthan, Saurav Swami berkata: "Daripada 7,500,000 pelajar, ramai yang tidak memiliki telefon bimbit. "Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan bahawa guru akan pergi ke rumah mereka seminggu sekali untuk kelas gred 1 hingga 8, dan dua kali seminggu untuk kelas gred 9 hingga 12," katanya.
Usaha kumpulan guru ini mendapat pujian dan penghargaan daripada pentadbiran sekolah. -CARI Sumber: mStar/ India.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.304535 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.