CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga China Dakwa Diperas Ugut Anggota 50 Kali, Mana Laporannya?

12-7-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2081| Komen: 8

Polis menafikan dakwaan sebuah video tular di media sosial YouTube yang menuduh polis sentiasa menjadikan warga China sebagai mangsa untuk meminta rasuah dan melakukan pemerasan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata video tersebut dipercayai dimuat naik pada 3 Feb lepas yang berdurasi 41 minit 51 saat.


Beliau berkata video itu memaparkan seorang lelaki warga China mendakwa dirinya diperas ugut polis di Malaysia lebih kurang 50 kali selain menuduh polis sentiasa mencari kesalahan dalam kalangan warganegara asing terutamanya China untuk mendapatkan habuan dan sanggup membawa mangsa ke mesin ATM bagi mendapatkan wang.


Kredit foto: Bernama

"Semakan dibuat dan mendapati setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh penama (lelaki itu) atau orang lain mengenai insiden sebagaimana dinyatakan (dan) polis memandang serius terhadap segala tuduhan dan dakwaan itu.


"Pihak polis mengalu-alukan penama itu untuk tampil membuat laporan berkenaan kejadian ini supaya siasatan lanjut boleh dijalankan secara telus dan menyeluruh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Abd Khalid berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati melakukan kesalahan.

"Maklumat berkaitan kejadian sebegini atau lain-lain jenayah boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya (di talian) nombor telefon 03-56210343 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-7-2021 10:27 PM
Tembak anak orang pon takde rase ape..
Quote nakkomenjugak 11-7-2021 11:36 PM
hohohhoho haa datang lagi ke negara dunia ketiga. mendapat laa ekau. sini dari menteri hingga anak buah sampai la ke rakyat, kelauttttttt masing2
Quote TomyamPuteh 12-7-2021 12:02 AM
Dia ni ke salah sorg yg msk Malaysia xde passport tu?
Quote Supersirap 12-7-2021 11:25 AM
Sila siasat perkara ini dengan teliti
Quote zarulnazmi 12-7-2021 02:36 PM
Kenapa nak tunggu 50 kali baru nak cerita?
Quote Skuau 12-7-2021 03:03 PM
Edited by Skuau at 12-7-2021 03:07 PM

Polis 'cari salah'.... kalau xde buat/cakap salah...tak salah jugak....atas tu tulis..'gagal mengemukakan  dokumen perjalanan','cukai jalan tamat tempoh'.....tak 'salah' ke tu ikut undang2 Malaysia???
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 05:03 PM
ya ampun... ape lah nk jadik ni
Quote MontanaHannah 6-8-2021 05:06 PM
Dasar komunis asyik nak kenakan org

Inilah perangai cina ,bila gagal nak yakinkan org lain bahawa dia tidak bersalah ,maka dia akan tuding jari  kata org tu org ni yg salah.

bughit cibaiiiiiii kohong

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 1.022976 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top